‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA


Daripada Korea Selatan ke Malaysia, Astro kini menyahut cabaran selebriti-selebriti di Malaysia dengan pelbagai aksi paling sukar menerusi rancangan realiti adaptasi terbaharunya, ‘Real Men Malaysia: Wira Merah’. Namun berbeza dengan format asalnya daripada Korea, edisi Malaysia kali ini bakal mempersembahkan sisi-sisi latihan padu dan padat dalam mengenali latar belakang sebagai seorang ahli Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Kejayaan ‘Real Men’ di negara Korea Selatan bak pemangkin yang telah menarik ramai bintang-bintang ternama walaupun rancangan ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang lasak dan sukar. Paparan sebenar yang digambarkan menerusi liputan selama 24 jam serta formatnya yang unik dan asli menjadi antara penarik di kalangan para penonton yang ingin melihat sisi-sisi baharu selebriti kegemaran mereka. 

Antara A-listers yang menyertai rancangan ini di Korea termasuk Julien Kang, Jackson Wang, Lisa Blackpink, Henry Lau dan Sam Hammington. Rancangan ini juga telah pun di adaptasi oleh negara Thailand (2020) dan China (2021).

Uniknya ‘Real Men Malaysia: Wira Merah’ akan memaparkan latihan daripada sudut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Dengan slogan ‘Cepat & Mesra’, bomba merupakan akar umbi dalam menjaga keselamatan masyarakat setempat kita. Menerusi lensa ‘Real Men Malaysia: Wira Merah’, para penonton berkesempatan untuk melihat kehidupan serta persiapan anggota-anggota bomba yang turut akan dijalani kelapan-lapan selebriti terpilih.

Lapan selebriti yang terbabit dalam rancangan realiti ini adalah atlet negara speed climbing Mat Redho, pempengaruh media sosial Arieff Yong, pelawak Shashic, model Eric Lay, hos Daniel Cheang dan Hawa Rizwana serta pelakon Wafiy dan Jasmine Suraya.

Hawa Rizwana

Wafiy

Arieff Yong

Eric Lay

Jasmine Suraya

Mat Redho

Shashic

Daniel Cheang

Diadaptasi daripada rancangan realiti Korea Selatan, ‘Real Men Malaysia: Wira Merah’ menampilkan lapan selebriti (6 lelaki dan 2 perempuan) dari latar belakang yang berbeza di mana mereka akan mengalami kehidupan dan latihan sebagai seorang rekrut baharu dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Ditayangkan sebanyak lapan episod, setiap daripada mereka perlu menjalani latihan yang berat dan ringan untuk mengasah diri mereka dan menjadi sebahagian daripada pasukan bomba dan penyelamat.


Penggambaran rancangan ini dilakukan sepenuhnya di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Terengganu untuk menunjukkan kehidupan sebenar ahli bomba dan penyelamat Malaysia menerusi paparan barisan selebriti yang dipilih. Setiap episod menunjukkan realiti emosi dan cabaran yang perlu diharungi oleh pasukan bomba Malaysia termasuk tatacara memakai pakaian operasi, membentang dan menggulung hos, teknik penyelamatan di bangunan yang runtuh, teknik pemadaman kebakaran dan selainnya.

‘Real Men Malaysia: Wira Merah’ akan ditayangkan pada setiap hari Ahad bermula 30 Julai, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104). Untuk pilihan lebih fleksibel, ia turut boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!