HAZRUL NIZAM & DIANA NAZYRA LANCAR SINGLE DUET 'SEJUTA KATA'


Pasangan sahabat dari Singapura – penyanyi Hazrul Nizam dan Diana Nazyra – telah acap kali merancang untuk merakamkan lagu duet bersama, namun dek kesibukan masing-masing, keinginan mereka ini sentiasa tertangguh.

Maka tidak hairanlah apabila Hazrul Nizam yang mula menerima pelawaan untuk merakamkan lagu setelah dikenali semula melalui rancangan realiti Gegar Vaganza musim ke-9, bertindak untuk menghubungi Diana Nazyra bagi menzahirkan hasrat mereka yang telah lama tertunda ini.


Bagi menembusi pasaran Malaysia dengan lancar, dua sahabat ini memilih untuk bekerjasama dengan penggubah lagu tempatan, dan ini menemukan mereka dengan Hazama dan Omar K, dua nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia.


Lagu duet terbaru dari Hazrul Nizam dan Diana Nazyra ini menceritakan kisah cinta yang amat indah dan sukar digambarkan walau dengan sejuta kata. Meski ada halangan sepanjang hubungan, mereka berjanji akan kekal setia menanti hari bahagia yang bakal tiba.


SEJUTA KATA telah dilancarkan pada 23 Mei yang lalu di semua pelantar penstriman digital dan video muzik rasminya boleh ditonton di saluran YouTube Alternate Records & Talents

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM