NIVEA LANCAR RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT EXTRA BRIGHT C&HYA UNTUK KULIT LEBIH BERSERI DAN ANJAL DALAM HANYA 3 HARI


NIVEA, jenama penjagaan kulit No.1 di dunia melancarkan innovasi terbaru iaitu rangkaian penjagaan kulit NIVEA Extra Bright C&HYA dengan gabungan kebaikan sains dan bahan semulajadi. Diperkaya dengan 500X konsentrasi Vitamin C yang diekstrak dengan teknik sejuk dan 3X saiz molekul Hyaluron, rangkaian penjagaan kulit NIVEA Extra Bright C&HYA mampu menjadikan kulit lebih berseri, anjal dan sihat dalam masa 3 hari sahaja.

Acara yang dianjurkan oleh NIVEA adalah bersempena dengan ‘concourse roadshow’ yang sedang berlangsung di pusat membeli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur juga menampilkan Dr Shazril yang berkongsi pandangannya tentang bahan-bahan dan teknologi innovatif dalam rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA. Acara diteruskan dengan segmen "Show & Tell" dan testimoni dari pengguna sebenar dikalangan selebriti seperti Chacha Maembong, Liya Maisarah dan ramai lagi. Para jemputan juga dihiburkan dengan persembahan oleh Izzue Islam dan Shiha Zikir.

Berucap di acara tersebut, Encik Ng Hock Guan, Pengurusi Serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura berkata "Apa yang membezakan rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA daripada penjagaan kulit bervitamin yang lain adalah teknologi kami dalam mengekstrak Vitaman C, iaitu dengan teknik sejuk (cold extraction technology), yang tidak menggunakan haba untuk mengekalkan semua kebaikan vitamin dan nutrien untuk kulit anda, dan memastikan keberkesanan yang optimum dicapai. Rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA adalah bukti kekuasaan sains dan bahan semulajadi. Selama lebih daripada100 tahun, NIVEA terus komited dalam menyediakan penjagaan kulit terbaik dengan rangkaian produk yang dirumus khas. Setiap produk dari NIVEA bertujuan membuat pengguna berasa yakin dengan kulit mereka, dan rangkaian penjagaan kulit NIVEA Extra Bright C&HYA tidak terkecualikan."

Dalam sesi pengkongsian pakar, Dr Shazril menegaskan kebaikan bahan paling utama iaitu Vitamin C sebagai salah satu bahan penjagaan kulit yang paling berkesan dan selamat terhadap kulit kusam dan tona tidak sekata. "Produk penjagaan kulit Vitamin C adalah berbeza kerana ia amat sensitif dan mudah teroksidasi terutamanya apabila terdedah kepada haba. Aspek unik NIVEA Extra Bright C&HYA adalah dalam teknologi pengestrakan Vitamin C, dimana teknik sejuk (cold extraction technology) digunakan, yang mampu mengekalkan kebaikan vitamin dan nutrien sambil memastikan keberkesanan anti-oksidanya adalah pada tahap maksima. Ujian iodin menunjukkan Vitamin C yang diekstrak dengan teknik sejuk mempunyai keberkesanan yang lebih tinggi, mengesahkan statusnya sebagai penyelesaian yang luar biasa untuk kulit yang lebih berseri, anjal dan sihat."

Vitamin C yang diekstrak dengan teknik sejuk digabungkan dengan 3X Saiz Molekul Hyaluron (HA) mampu menembusi secara mendalam dan mengaktifkan pengeluaran Hyaluron dalam setiap lapisan kulit, memberikan kelembapan berpanjangan sambil menjadikan kulit terhidrat, lembut dan anjal selepas digunakan. Rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA adalah lambang kebaikan penjagaan kulit yang dipenuhi dengan bahan-bahan semula jadi yang sihat untuk menghasilkan kesan yang optimum untuk kulit yang lebih berseri, terhidrat dan sihat, dan ia adalah sangat sesuai untuk semua yang mementingkan kecantikan dan kesihatan kulit wajah.

Rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA baharu terdiri daripada 6 produk untuk melengkapkan rejimen penjagaan kulit anda. Ia adalah Micellar Water, Cleanser (pembersih muka), Essence Water, Serum, Day Cream (krim siang) dan Night Gel (gel malam).

Saksikan keberkesanan NIVEA Extra Bright C&HYA yang menjanjikan hasil untuk kulit yang lebih berseri dan anjal dalam masa 3 hari!

Rangkaian NIVEA Extra Bright C&Hya boleh didapati di semua kedai Watsons, farmasi dan kedai atas talian di NIVEA Official. Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk NIVEA dan kemas kini terkini, sila ikuti www.facebook.com/mynivea atau layari https://www.nivea.com.my/.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!