SEARCH, WINGS, BUTTERFINGERS DAN RAMAI LAGI BAKAL BERAKSI DI NUSA FEST 2023


Setelah berhadapan pelbagai cabaran dan penundaan, Shiraz Projects Sdn Bhd kembali dan dengan bangganya membawakan kembali kepada khalayak sebuah festival yang menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi dan kemeriahan pada 8 dan 9 Julai 2023, Sabtu dan Ahad, bermula seawal jam 12 tengahari di Bandar Malaysia, Sungai Besi. 

Festival yang pernah tergendala disebabkan pandemik COVID-19 dan berdepan penundaan, kini kembali dengan barisan nama-nama besar dalam industri tiga negara! 

Sudah lama rasanya, angin nusantara tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur dan titian persahabatan ini bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik yang dinamakan NUSA FEST. NUSA FEST ingin mengumumkan, tiga nama besar dalam industri muzik tanahair iaitu SEARCH, WINGS & BUTTERFINGERS sebagai ‘headliner’ di festival ini nanti. 


Sudah sekian lama Search dan Wings mengadakan persembahan di satu panggung yang sama dan pasti ini dinanti-nantikan oleh para peminat tegar mereka. Butterfingers juga akan turut serta di NUSA FEST setelah hampir empat tahun tidak muncul menemui peminat mereka. 

Pihak Shiraz Projects memohon maaf atas penundaan yang terdahulu dan yakin NUSA FEST kali ini akan berjalan dengan lancar dengan barisan artis-artis yang mempunyai pengikut tegar dan setia. Pasti peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini di satu festival. 

Untuk dua hari, para penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat. 

“Saya percaya bahawa dengan sokongan semua, NUSA FEST akan dapat dijayakan dengan meriah dan menepati konsep festival yang diinginkan. Dan kali ini kami kembali dengan pengumuman senarai akhir NUSA FEST,” ujar Shiraz selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects. 

Hari ini segalanya dikongsikan bersama. Teka teki siapa yang akan membuat persembahan di NUSA FEST dengan senarai akhir terjawab hari ini dan pihak Shiraz Projects terus mengharapkan sokongan serta antusias penonton serta peminat seni untuk menyokong NUSA FEST sehingga ke hari persembahan. 


Berikut merupakan senarai akhir dan muktamad: 
Malaysia 
Wings 
Search 
Butterfingers 
Kugiran Masdo 
Salammusik 
Forceparkbois 
Iqbal M. 
White Percussion Unit 
Jemson 
Budak Nakal Hujung Simpang 
Gerhana Skacinta 
Monoloque 

Indonesia 
Fourtwnty 
Barasuara 
Pusakata 
Efek Rumah Kaca 
Kelompok Penerbang Roket 
The Changcuters 
Burgerkill 
Seringai 
Diskoria 
Dipha Barus 
Ras Muhamad 

Singapore 
The Pinholes 

Antara aktiviti yang akan dijalankan di NUSA FEST ialah Panggung Nusa (dua pentas bersebelahan dengan pementasan tanpa henti! 

Festival muzik yang menghadirkan 12 kumpulan Malaysia, 11 penghibur Indonesia, 1 kumpulan Singapura), Warong Nusa (semuanya tentang makanan!) dan Pasar Nusa (seni dan kraftangan dari Nusantara). 

Tiket dengan harga RM200 (untuk dua hari/seorang) atau RM700 untuk 4 orang di www.myticket.asia. 

"NUSAFEST’’ ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd buat julung kalinya untuk memeriahkan lagi industri muzik nusantara. 

NUSA FEST 2023 Tarikh: 8 dan 9 Julai 2023 
Masa: Mulai jam 12pm hingga 12am 
Venue: Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur 
Harga tiket: RM200 (2-day entry/per person) RM700/ 4 person (Bundle package- Pembelian RM700 untuk 4 orang) 
Tiket: www.myticket.asia 
Tiket Hotline: 03 8605 0196 Info Hotline: 012 2560082 
Instagram: @nusafest, @shirazprojects 
Tiktok: @shirazprojects 
Facebook: @nusafest @shirazprojects 

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR