SANTA GRAND SIGNATURE KUALA LUMPUR BAWAKAN CITA RASA ASLI LAKSA NYONYA

Santa Grand Signature Kuala Lumpur menampilkan menu promosi terbaharunya - 'Authentic Nyonya Noodles Hut' untuk meraikan masakan warisan budaya Baba Nyonya. Menu promosi ini boleh dinikmati di tiga tempat iaitu Kopi Bar (Aras bawah), Kapitan Cafe dan Sky Lounge mulai 1 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Kapitan Cafe

Tanpa perlu mengembara jauh, para pecinta laksa kini boleh mengunjungi Santa Grand Signature Kuala Lumpur untuk merasai sendiri resipi asli Nyonya yang dibawakan oleh cef-cef tempatan iaitu Tengku Abdul Hakim (Senior Sous Chef), Chef Nabilah Hanum (Chef De Partie) dan Chef Syafik (Demi Chef).

Laksa Nyonya Peranakan - pilihan terbaik dengan kuah berlemak santan dan dihidangkan dengan udang, tauhu goreng, bebola ikan, telur rebus, terung dan kacang panjang. 

Anda boleh memilih tiga jenis laksa/ mi iaitu Laksa Asam, Mi Kari dan Laksa Nyonya Peranakan dari menu tersebut. Harga semangkuk adalah RM15 sahaja.

Laksa Asam - Mesti dicuba jika anda menggemari laksa ala-Pulau Pinang ini. Kuah ikan yang semerbak baunya dengan laksa yang kenyal pastinya membangkitkan selera! 

Mi Kari - Kuah yang pekat dan lazat dihidangkan dengan bebola ikan, terung, kacang panjang, telur rebus, tauhu goreng dan sambal.  

Semua hidangan disediakan secara tradisional dengan menggunakan ramuan-ramuan asli yang berkualiti premium dan segar.

Mesti cuba - Laksa Nyonya Peranakan

Selain daripada laksa, anda juga boleh menikmati sajian yang enak di Santa Grand Signature seperti cucur udang, kuih-muih Nyonya, sagu gula melaka dan banyak lagi.

Untuk tempahan, sila hubungi +603-2027 1969 atau e-mel kepada reservation@santagrandhotels.com.my

Untuk maklumat lanjut tentang hotel, sila layari www.santagrandhotels.com.my


Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

IQOO NEO 10 DILANCARKAN DENGAN CIP BERKEMBAR BERTARAF MERCU, MENAWARKAN PRESTASI LUAR BIASA DAN HAYAT BATERI TERBAIK DALAM INDUSTRI

ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL