KAJIAN ‘KUAT ZAT BESI’ DANONE DEDAH KADAR RISIKO ANEMIA YANG MEMBIMBANGKAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA


Syarikat makanan terkemuka, Danone, yang juga merupakan antara syarikat tenusu terbesar di dunia, mendedahkan dapatan utama Kajian Kuat Zat Besi (Iron Strong Study), bersempena dengan Persidangan Saintifik Tahunan Persatuan Pemakanan Malaysia ke-38 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Kajian Kuat Zat Besi yang dijalankan menerusi kerjasama dengan Pusat Penyiasatan Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Malaya Pakar diketuai oleh Perunding Kanan Endokrinologi Pediatrik dan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan, Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin.

Anemia Kekurangan Zat Besi (IDA) merupakan antara cabaran kesihatan global yang utama, di mana negara-negara membangun mempunyai kadar anemia dan IDA lebih tinggi daripada negara-negara maju, lazimnya pada kadar 3 hingga 4 kali lebih tinggi. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanak-kanak kecil paling mudah terjejas oleh kekurangan nutrisi zat besi[1]. Pada tahun 2019, kadar anemia dalam kalangan kanak-kanak global berumur bawah 59 bulan adalah 39.8%, bersamaan dengan 269 juta orang kanak-kanak[2]. Pada tahun 2022, 46.5% kanak-kanak di Malaysia yang berumur bawah 59 bulan menderita anemia[3].

Kajian Kuat Zat Besi merupakan kajian yang pertama seumpamanya: satu kajian klinikal bukan invasif dan berbilang wilayah yang menumpukan fokus pada anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi di Malaysia.

Dalam landskap kesihatan yang kompleks, menangani isu kesihatan seperti IDA menuntut strategi yang kolaboratif dan transformatif dalam penjagaan nutrisi. Inisiatif pertama seumpama ini merupakan sebahagian daripada komitmen Danone untuk memerangi kekurangan zat makanan dengan menekankan kepentingan intervensi awal. Danone telah menjalinkan kerjasama dengan pakar-pakar penjagaan kesihatan dan mendekati komuniti tempatan, untuk memacu perubahan positif serta meningkatkan kesihatan dan nutrisi di seluruh dunia, sekali gus menzahirkan Agenda Satu Kesihatan global syarikat berkenaan.

Vera Saw, Pengarah Specialized Nutrition Unit ( SNU) untuk India dan Asia Tenggara di Danone berkata, “Hasil Kajian Kuat Zat Besi kami mendedahkan betapa besarnya impak anemia dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Kerjasama kami dengan Pusat Penyiasatan Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Malaya membuktikan dedikasi kami dalam menyokong nutrisi yang lebih baik serta membudayakan pemeriksaan kesihatan proaktif. Ini turut menetapkan asas untuk pelan intervensi strategik dan menggariskan langkah kolektif yang sesuai bagi menangani isu tersebut selari dengan Agenda Satu Kesihatan kami di Malaysia [4]”.

Intipati Kajian Kuat Zat Besi

Kajian Kuat Zat Besi membabitkan 1201 pesakit luar kanak-kanak di Malaysia yang berumur bawah 36 bulan di klinik-klinik kesihatan kerajaan yang dipilih secara rawak. Ia merupakan satu kajian bukan invasif dan berbilang wilayah yang pertama Danone, menggunakan sejenis peralatan saringan bukan invasif untuk memeriksa jumlah hemoglobin.

Kajian mendedahkan maklumat bernas yang dapat membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta meneliti faktor-faktor risiko yang menyumbang kepada anemia, misalnya faktor sosio-demografi. Dapatan kajian klinikal ini bertujuan membangkitkan kesedaran tentang isu kritikal anemia, dan menawarkan penyelesaian untuk meningkatkan status nutrisi di Malaysia, selain menekankan kepentingan intervensi awal anemia menerusi saringan proaktif, dengan menerapkannya ke dalam program pemeriksaan kesihatan penjagaan primer.

Dapatan kajian turut mendapati, kanak-kanak kecil di Malaysia lebih berisiko mengalami anemia berbanding kanak-kanak yang lebih besar, manakala kanak-kanak yang kurang berat badan berkemungkinan besar menghidap anemia. Malah, kanak-kanak di bandar dan luar bandar sama-sama dilihat berisiko menghidap anemia.

Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin selaku Ketua Penyelidik kajian berkata, “Kekurangan zat makanan merupakan penyumbang besar kepada IDA atau Anemia Kekurangan Zat Besi, yang boleh menyebabkan komplikasi tumbesaran yang tidak dapat dibalikkan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia. Implikasinya melangkaui pertumbuhan fizikal, ia turut menjejaskan perkembangan kognitif dan fungsi imun. Bagaimanapun, dengan mengenal pasti dan menangani risiko faktor awal menerusi pemeriksaan rutin, kita mampu mengurangkan impak kekurangan nutrien pada kanak-kanak secara ketara.”

IDA berlaku apabila zat besi tidak mencukupi untuk menyokong penghasilan sel merah yang sihat. Zat besi adalah penting dalam penghasilan sel darah merah, dan berperanan penting dalam pertumbuhan dan fungsi otak. Justeru, kanak-kanak yang menghidap IDA mungkin menunjukkan pelbagai gejala, termasuk kurang fokus, keletihan, lemah, pening, kuku rapuh, dan kulit pucat. Malah, kegagalan untuk merawat masalah ini dengan segera boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan yang teruk, termasuk kegagalan organ.

Danone kekal berazam untuk menyokong keluarga-keluarga di Malaysia yang sedang mengharungi cabaran kesihatan dan nutrisi yang lazim berlaku dalam masyarakat hari ini. Syarikat itu menerajui beberapa inisiatif, termasuk:

● Jelajah Generasi Kuat Zat Besi Dugro merupakan satu kempen di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan zat besi dalam nutrisi kanak-kanak, serta memupuk generasi kanak-kanak yang kuat zat besi. Kempen tersebut menyediakan pemeriksaan dan perundingan anemia tanpa invasif secara percuma kepada kanak-kanak.

● Memupuk kerjasama yang kukuh dengan rakan kongsi penjagaan kesihatan berdasarkan dua tujuan - pertama, memerangi anemia dengan membudayakan saringan proaktif di seluruh negara selari dengan program pemeriksaan kesihatan yang sedia ada dalam penjagaan kesihatan primer. Kedua, mendidik umum tentang kekurangan zat besi dan mikronutrien, terutama dalam kalangan ibu bapa dan penjaga.

● Memanfaatkan sumber dan kepakarannya untuk menggunakan peralatan bukan invasif yang mengukur paras hemoglobin, sekali gus menghapuskan keperluan untuk kaedah tradisional pengambilan darah secara invasif.

● Bekerjasama dengan pakar penjagaan kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan. Kerjasama merentasi disiplin ini membolehkan Danone menentukan aspek-aspek di mana sokongan Danone dapat mencetuskan impak terbesar, bagi memastikan Danone dapat terus menangani isu-isu kritikal yang timbul.

Untuk maklumat lanjut tentang Generasi Kuat Zat Besi Dugro dan inisiatif-inisiatif lain, layari https://www.dugro.com.my/bm/ida.html.

Kapsyen foto: (Dari Kiri) Professor Dr. Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Nutrition Programme, School of Health Sciences at Universiti Sains Malaysia, Dr. Sri Wahyu Taher, Consultant Family Medicine Specialist and Head of Clinic at Klinik Kesihatan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah, Vera Saw, ISEA Specialised Nutrition Unit (SNU) Director, Danone, Yang Berusaha En. Norazman bin Othman, Director General of Social Welfare, Ministry of Women, Family and Community Development, Dr Tee E Siong, President, Nutrition Society of Malaysia, Professor Dr. Muhammad Yazid Jalaludin, Senior Consultant Paediatric Endocrinologist and Deputy Dean (Undergraduate Studies), Faculty of Medicine, University Malaya, Dr Selva Kumar Sivapunniam, President of Malaysian Paediatric Association.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING