SHENG TAI INTERNATIONAL & KARL LAGERFELD BAKAL BAWAKAN REVOLUSI FESYEN KE MELAKA


Pemaju berwawasan Sheng Tai International Sdn Bhd mengalu-alukan kehadiran KARL LAGERFELD ke The Sail Melaka pada hari Isnin lalu, menandakannya satu peristiwa bersejarah bagi bandar warisan serta industri fesyen dan hospitaliti negara ini.

Menara KARL LAGERFELD yang terdiri daripada sebuah hotel dan kediaman berjenama, bakal mencipta sebuah standard terulung sebagai Hotel KARL LAGERFELD yang pertama di Asia Tenggara. Pembangunan rumah fesyen ikonik tersebut akan bertapak di dalam Menara Fesyen berprestij The Sail Melaka, sebuah pembangunan yang tiada seupamanya di Malaysia. Usaha tersebut adalah sebahagian daripada rangkaian inisiatif transformatif yang dipimpin oleh Dato' Leong Sir Ley, Pengerusi dan Presiden Sheng Tai International. Ia juga bersedia untuk membangunkan negeri Melaka sebagai sebuah Bandar Fesyen yang rancak dan berkembang maju di rantau ini.

Dato' Leong Sir Ley, Pengerusi dan Presiden Sheng Tai International

“Kami berhasrat untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat fesyen, dan pada masa yang sama memanfaatkan ciri-ciri warisan dan budaya yang unik di bandar ini. Matlamat jangka panjang kami bukan sahaja untuk memupuk bakat tempatan, tetapi juga mengalu-alukan pelaburan global, mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan, serta kemakmuran di negara ini. Kami berasa berbesar hati atas ketibaan KARL LAGERFELD dan etos mereka yang berpandangan jauh dalam perancangan kami untuk masa depan,” kata Dato' Leong.

 Teater Encore

Pengumuman baharu tersebut telah disampaikan semasa sebuah majlis eksklusif yang dihadiri oleh orang kenamaan, pemimpin industri dan pelabur serantau. Majlis yang berlangsung di teater Encore yang menakjubkan di Melaka telah diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dan Pier Paolo Righi, Ketua Pegawai Eksekutif KARL LAGERFELD.

YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan negeri tetap berpegang teguh dalam komitmennya untuk mengubah negeri ini menjadi sebuah destinasi pelancongan utama, dan pada masa yang sama menjadikannya sebagai hab pelaburan utama. Beliau berkata, “Saya gembira mendengar bahawa Sheng Tai International sedang giat meningkatkan profil negeri Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan dan pelaburan. Projek ini adalah penting bukan sahaja untuk Sheng Tai, Yong Tai Berhad atau KARL LAGERFELD, tetapi juga untuk negeri bersejarah ini, khususnya bagi industri hartanah dan pelancongan serta masyarakat secara amnya. Saya percaya idea bernas ini bukan sahaja akan meningkatkan industri pelancongan tetapi juga meningkatkan perniagaan di bandar Melaka. Saya merasa teruja dan menantikan kejayaan projek ini untuk manfaatnya kepada negeri tercinta dan rakyatnya."

Ketua Menteri sedar bahawa entiti swasta memainkan peranan yang penting dalam rancangannya untuk menarik pelaburan ke negeri ini. Beliau juga memberi jaminan bahawa beliau akan menyokong projek tersebut sepenuhnya demi kepentingan untuk membangunkan negeri ini dan meletakkan nama Melaka di persada dunia.


Para hadirin telah disajikan dengan pelbagai pesembahanan kesenian dan hiburan pada malam tersebut. Ia menampilkan sebuah peragaan fesyen budaya yang dijayakan oleh bakat-bakat baharu yang dicungkil melalui pencarian model anjuran Sheng Tai F Academy, yang menyediakan platform di teater Encore bagi individu yang berbakat untuk mengejar impian mereka dalam bidang seni dan budaya. 


Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan tradisional gamelan dan persembahan muzikal oleh Noryn Aziz dan Dennis Lau, di samping pertunjukan hologram dan dron yang memukau, persembahan gendang, seni tarian air yang menakjubkan, dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang mewarnai langit bandar Melaka. 


Sorotan malam itu adalah persembahan piano daripada Dato' Leong yang menambahkan sentuhan kecermerlangan muzik pada majlis tersebut.

Pier Paolo Righi, Ketua Pegawai Eksekutif KARL LAGERFELD, menyatakan keterujaannya terhadap kerjasama tersebut dan menyerlahkan penglibatan mereka dalam merealisasikan impian yang mendalam dan visi yang berwawasan. Righi menyatakan bahawa beliau merasakan ‘kehadiran’ mendiang Karl Lagerfeld di dalam bilik apabila Dato’ Leong berkongsi aspirasinya kerana Karl dan rumah fesyen tersohor tersebut sentiasa didorong oleh prinsip untuk menerima masa kini seadanya dan membentuk masa depan yang berdaya cipta. Righi menekankan bahawa perbincangannya dengan Dato’ Leong mengesahkan komitmen bersama mereka untuk mencipta sesuatu yang luar biasa secara kolektif - sebuah bukti sumbangan bersama dan usaha berdedikasi mereka.

Pier Paolo Righi, Ketua Pegawai Eksekutif KARL LAGERFELD

The Sail Melaka adalah sebahagian daripada impian revolusi Dato’ Leong untuk menjadikan negeri Melaka sebagai hab antarabangsa untuk fesyen, kesihatan, AI, seni dan budaya. Kepimpinan beliau telah meletakkan beliau sebagai pemegang saham tunggal terbesar Yong Tai Berhad, sebuah syarikat tersenarai awam, yang mana beliau memegang peranan sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, dan mencerminkan komitmen mendalam beliau terhadap transformasi bandar Melaka.

Dengan portfolio hartanah yang mengagumkan, merangkumi 165.5 ekar hartanah perdana di Melaka (daripada gabungan pembangunan The Sail di 27.5 ekar dan 138 ekar tanah di tapak teater Encore) kawasan ini akan membentuk City of Hope (Kota Harapan) yang menakjubkan.

Di teras pelan tindakan Dato’ Leong untuk City of Hope (Kota Harapan) terletak Teater Encore yang mengagumkan. Beliau berjanji bahawa empat inisiatif daripada wawasan The Sail - kesihatan, fesyen, AI dan, seni dan budaya, akan melimpah dan menyemai ruang di mana Encore menduduki.

“Saya berbesar hati untuk membentangkan wawasan di sebalik City of Hope (Kota Harapan); sebuah tempat yang mana impian berpotensi untuk menjadi kenyataan. Kami memanggilnya City of Hope kerana di dalamnya, kekuatan harapan boleh dirasai dan diperkasakan. Kota ini membawa harapan untuk belia, kesihatan, kebahagiaan, dan yang paling penting, ia membolehkan setiap individu untuk mengejar impian mereka bagi kehidupan yang mewah, selesa dan bahagia,” kata Dato’ Leong.

Menurut Dato’ Leong, hotel dan Pusat Pengalaman (Experiential Centre) akan ditempatkan di The Sail, manakala hiburan gaya hidup akan ditumpukan di kawasan Encore.


Usaha yang luar biasa ini bakal melakar masa depan Melaka, di mana kreativiti dan kemewahan bakal disatukan dalam persekitaran yang dinamik dan mencetuskan inspirasi. Ia juga mencerminkan wawasan bandar ini dan kemunculannya sebagai Bandar Fesyen sebenar di Asia Tenggara.

“Ramai orang mempunyai impian, tetapi kadang kalanya ia hanya menjadi hampa. Oleh kerana itu, kami adalah berbeza. Di Sheng Tai International, anda boleh berpegang kepada komitmen saya untuk menjadikan impian kita semua satu kenyataan!” janji Dato’ Leong.

Untuk maklumat lanjut tentang Sheng Tai International dan aktivitinya yang terbaharu, sila layari Laman Web or Laman Facebook. Untuk petanyaan media, sila hubungi shengtaipress@gmail.com.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!