FORMULASI BAHARU SARI PATI AYAM BRAND’S® MAMPU MENGEMBALIKAN KECERGASAN


Hasil penemuan satu kajian dalam talian baru-baru ini mendapati bahawa 7 daripada 10 rakyat Malaysia memerlukan pemangkin untuk mengembalikan kecergasan mereka. Di samping rakyat Malaysia menempuh kehidupan harian dalam dunia yang bergerak pantas, mereka sering mengejar masa untuk menunaikan tuntutan kerja dan komitmen peribadi. Tinjauan yang sama juga mendapati bahawa 31% daripada responden menghadapi cabaran untuk mencapai keseimbangan bagi memenuhi matlamat kerjaya dan peribadi kerana terlalu fokus pada tarikh tamat kerja dan pelbagai tugasan untuk diselesaikan setiap hari, manakala 22% daripada mereka adalah ibu bapa bekerja dengan jadual kerja yang padat tetapi terus sibuk menguruskan anak-anak mereka selepas waktu kerja.

Sari Pati Ayam BRAND’S® merupakan jenama pati ayam pilihan nombor satu yang digunakan untuk meningkatkan kecergasan, berasaskan Nielsen’s Retail Audit. Kini, lebih ramai rakyat Malaysia boleh menikmati khasiat kebaikan dan rasa yang ditambah baik dengan formulasi baharu Sari Pati Ayam BRAND’S® yang meningkatkan kecergasan sambil menghadapi hiruk-pikuk kehidupan dunia. Formulasi baharu Sari Pati Ayam BRAND’S® mengekalkan manfaat-manfaat yang sedia ada boleh meningkatkan metabolisme sambil mengurangkan keletihan dan menambah aliran oksigen kepada otak untuk meningkatkan daya tumpuan mereka.

Formulasi Baharu dengan Rasa Lebih Enak Diminum berserta Khasiat Kebaikan yang Sama

Formulasi baharu Sari Pati Ayam BRAND’S® kini disediakan dengan rasa yang lebih enak untuk diminum berserta khasiat kebaikan sama yang dijanjikan oleh jenama BRAND’S®. Berasaskan ujian rasa yang dikendalikan oleh Home Tester Club, 92% bersetuju BRAND’S® Sari Pati Ayam baharu mempunyai rasa yang lebih halus, dan 96% bersetuju BRAND’S® Sari Pati Ayam sesuai diambil untuk mereka yang ingin kekal produktif di sepanjang hari.


"Di BRAND'S, kami memahami desakan gaya hidup pantas rakyat Malaysia di mana kita sentiasa bergerak untuk mengimbangi tuntutan kerja, komitmen peribadi dan pelbagai tanggungjawab lain. Dengan formulasi baharu ini, kami yakin bahawa lebih ramai rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripadanya dengan rasa yang lebih enak diminum ini. Sari Pati Ayam BRAND’S® dengan formulasi baharu akan meningkatkan kecergasan setiap hari untuk memenuhi tuntutan gaya hidup mereka yang sibuk,” kata Wong Wee Leong, Pengurus Besar, Suntory Beverage and Food Malaysia.

Wong menambah, “Sebab itulah kami melantik Dr Shazril Shaharuddin, yang lebih mesra dikenali sebagai Dr Say, dan juga Chan Fong, sebagai duta-duta Sari Pati Ayam BRAND’S® di majlis pelancaran ini. Mereka berdua merasai kelebihan Sari Pati Ayam BRAND’S® dapat membantu mereka sentiasa bergerak aktif setiap hari. Dr Say, seorang bapa yang sibuk dan juga pempengaruh media sosial, dan Chan Fong, seorang penyampai radio dan usahawan yang berjaya, menggunakan produk sari pati ayam kami untuk memastikan mereka kekal cergas untuk mengharungi kesibukan mereka memenuhi jadual yang padat."


Jaminan Kualiti Unggul

Apa yang membezakan Sari Pati Ayam BRAND’S® ialah proses pengeluaran hak miliknya, yang menjamin produk bermutu tinggi bagi rakyat Malaysia yang mahu meningkatkan tenaga untuk menempuh kehidupan harian. Sari pati ayam baharu ini diperbuat daripada ekstrak semula jadi sepenuhnya yang terdiri daripada ayam premium bermutu tinggi yang diproses secara bersih di bawah suhu tinggi dan tekanan yang dipantau rapi, sambil mengekalkan pelbagai nutrien semula jadinya. Setiap kelompok produk perlu menjalani lebih daripada 200 pemeriksaan kualiti yang ketat. Tambahan lagi, Sari Pati Ayam BRAND’S® juga menerima sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), untuk memenuhi keperluan pemakanan penduduk yang pelbagai.

Dengan pelancaran formulasi baharu ini, rakyat Malaysia kini boleh memanfaatkan khasiat kebaikan Sari Pati Ayam BRAND’S® untuk menghilangkan keletihan, meningkatkan tenaga dan fokus untuk menyahut cabaran harian masing-masing. Sama ada hari kerja yang mencabar atau jadual peribadi yang padat, Sari Pati Ayam BRAND’S® adalah teman terbaik untuk membantu sesiapa sahaja untuk terus fokus dari segi mental dan memberikan yang terbaik untuk kekal bertenaga dalam kehidupan mereka.


Anda kini boleh membeli Sari Pati Ayam BRAND’S® dengan formulasi terbaharu daripada gedung runcit dan kedai farmasi utama dan juga di dalam talian menerusi Shopee dan Lazada.


Comments

Popular posts from this blog

COLUMBIA ASIA LANCAR HOSPITAL KE-18 DI MALAYSIA DI BUKIT JALIL

SIME DARBY MOTORS LANCAR BYD SEAL DI MALAYSIA DENGAN HARGA BERMULA DARIPADA RM179,800

KOLABORASI UNIK CUURA SPACE DENGAN KAR WAI CHAN DI SWOL CAFE, BANGSAR