PENCARIAN BINTANG MINNAL KINI BERMULA DI RTM


2023 menyaksikan RTM melalui stesen radio MINNALfm kembali menganjurkan Pertandingan Bintang Minnal. Penganjuran terakhir pada tahun 2020 yang lalu menyaksikan Piraveen merangkul gelaran juara yang membawa pulang wang tunai RM10,000.00 berserta trofi dan sijil.

Sejak penganjuran kali pertama, Pertandingan Bintang Minnal telah menjadi platform untuk mencungkil bakat terpendam generasi muda komuniti India dalam bidang nyanyian. Bakat peserta akan diuji dalam lagu Tamil dan lagu Bahasa Melayu.

Pendekatan ini dapat membantu mengenal pasti penyanyi bukan Melayu yang berkebolehan menyanyikan lagu dalam dwi bahasa.

Pertandingan akan melalui tiga peringkat iaitu peringkat saringan, separuh akhir dan peringkat akhir. Pemenang akan dinilai sepenuhnya oleh barisan juri profesional lantikan RTM.

Juara bakal membawa pulang wang tunai RM10,000.00, Naib Juara RM7,000.00, tempat ketiga RM5,000.00, manakala Persembahan Terbaik pilihan juri menerima RM3,000.00.

Bagi yang berminat untuk mencuba nasib boleh menyertai ujibakat yang sedang dijalankan bermula 26 Jun hingga 5 Julai 2023. Syarat-syarat penyertaan disertakan untuk rujukan.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  1. Warganegara Malaysia berumur antara 17 hingga 30 tahun.
  2. Peserta wajib memuat naik video di TikTok dengan tanda pagar #bintangminnal2023.
  3. Peserta wajib memuat naik video nyanyian dalam Bahasa Tamil.
  4. Durasi video dihadkan dalam 2 minit sahaja.
  5. Pemilihan lagu adalah bebas tetapi lagu-lagu berbentuk perkauman tidak dibenarkan sama sekali.
  6. Tempoh penyertaan 26 Jun 2023 – 5 Julai 2023.
  7. Tarikh tutup dan masa muat naik video pada 5 Julai 2023 11.59 malam.
  8. Tidak pernah merakamkan album atau menandatangani kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman.
  9. Tidak pernah memenangi atau tersenarai dalam senarai peserta peringkat akhir pertandingan nyanyian peringkat nasional dan antarabangsa.
  10. Pihak RTM berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak menepati syarat pertandingan.
  11. Hanya peserta terpilih akan dihubungi oleh pihak MINNALfm.
  12. Keputusan juri profesional lantikan RTM adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.




Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!