DEARTIME LANCAR INSURANS TAJAAN, MELUASKAN AKSES INSURANS BUAT GOLONGAN YANG MEMERLUKAN


DearTime, pengendali insurans hayat pertama di Malaysia di bawah Pengawalseliaan Teknologi Kewangan Bank Negara Malaysia (Sandbox), secara rasminya telah mengumumkan penawaran program Insurans Tajaan. Seperti manifestonya yang mengungkap ‘Touching One More Life’, inisiatif yang pertama seumpamanya ini membolehkan pemegang polisi DearTime berkongsi keihsanan melalui polisi-polisi insurans mereka, sekali gus membantu meningkatkan kadar penembusan perlindungan insurans di kalangan komuniti B40 di Malaysia.

Menerusi Insurans Tajaan DearTime, para pelanggan boleh memperuntukkan sehingga 10% daripada premium mereka kepada Dana Kebajikan DearTime (DearTime Charity Fund). Dana yang diperuntukkan ini akan digunakan secara automatik untuk menaja individu yang berkelayakan dalam kumpulan B1-B2 dengan produk-produk insurans DearTime yang serba komprehensif.

Jon Ng, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif DearTime Berhad berkata, “Manifesto kami menyatakan komitmen kami untuk membolehkan setiap insan mengambil bahagian dalam misi dan visi DearTime, dengan melindungi setiap insan dengan insurans hayat. Bagi merealisasikan matlamat ini, kita tidak boleh mengendahkan golongan yang mungkin sebenarnya paling memerlukan produk dan juga perkhidmatan seperti ini, tetapi tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk memilikinya.”

“Kuasa yang dimiliki oleh masyarakat dan sokongan kolektif adalah ramuan yang penting bagi mencetus sesuatu perubahan. Melalui Insurans Tajaan DearTime, anda bukan sahaja dapat membeli perlindungan insurans untuk diri anda sendiri, tapi juga menaja insan lain yang mungkin tidak berkemampuan untuk memilikinya. Bersama-sama, kita dapat mencetus impak dalam kehidupan seorang lagi insan,” simpul Jon.

Inisiatif yang pertama seumpamanya ini membolehkan pemegang polisi DearTime memperuntukkan sehingga 10% daripada premium insurans mereka kepada Dana Kebajikan DearTime, tanpa sebarang pengurangan pada amaun perlindungan mereka, semuanya dapat dibuat dengan mudah melalui aplikasi DearTime yang serba intuitif serta 100% digital. Dana Kebajikan DearTime, ditujukan kepada golongan yang memerlukan, dan secara automatik akan menaja individu dalam kumpulan B1-B2 mengikut turutan dengan Insurans Tajaan.

Insurans Tajaan DearTime adalah terbuka kepada individu dalam kumpulan pendapatan B1-B2, yang didefinisikan sebagai individu dengan pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada RM3,170. Individu yang layak boleh memohon untuk ditaja sepenuhnya melalui aplikasi DearTime, di mana mereka juga boleh mengesahkan identiti mereka, memilih perlindungan yang diinginkan, serta menamakan benefisiari.

Setelah permohonan diluluskan, DearTime akan memperuntukkan tajaan daripada Dana Kebajikan DearTime mengikut konsep yang awal didahulukan, bagi memastikan proses tersebut adil dan saksama bagi semua pemohon yang berkelayakan.

Dilancarkan pada Julai 2022, DearTime menggunakan model perniagaan yang unik dan digital sepenuhnya, ia membolehkan pelanggan membeli, menyunting, dan membuat tuntutan insurans secara terus daripada syarikat ini melalui aplikasi atau laman sesawangnya. Dengan mewujudkan hubungan langsung antara pelanggan dan DearTime, yakni tanpa perlu melalui orang tengah, DearTime dapat menawarkan insurans hayat yang serba ringkas dan mampu milik buat seluruh rakyat Malaysia. Tambahan lagi, para pelanggan juga boleh mengakses perkhidmatan DearTime pada bila-bila masa, di mana-mana jua, kerana keseluruhan proses boleh dilakukan secara digital.

Jika anda ingin berkongsi keihsanan dengan menaja perlindungan insurans untuk insan lain, atau untuk memohon perlindungan Insurans Tajaan DearTime, sila layari www.deartime.com/sponsored-insurance.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA