TINGKATKAN KESEDARAN DAN SOKONGAN TERHADAP KETIDAKSUBURAN LELAKI


Ketidaksuburan merupakan satu isu penting yang memberi kesan kepada berjuta-juta individu di seluruh dunia. Walaupun ketidaksuburan boleh dialami oleh kedua-dua lelaki dan wanita, ketidaksuburan lelaki merupakan satu aspek dalam isu ini yang telah lama diabaikan dan sering disalah faham. Sunfert International Fertility Centre (Sunfert) kini mengambil langkah untuk menarik perhatian terhadap kadar ketidaksuburan lelaki yang semakin meningkat dengan menganjurkan dua kempen kesedaran istimewa pada bulan Jun - Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki dan Bulan Kesedaran Kemandulan Sedunia. Matlamatnya adalah untuk memberi sokongan kepada pasangan yang mencuba untuk mendapatkan anak dengan berkongsi maklumat yang diperlukan dan menggalakkan mereka mendapatkan bantuan profesional jika mereka mengalami kesukaran untuk hamil.

Ketidaksuburan sering dianggap sebagai masalah yang lazimnya dialami wanita, tetapi pada hakikatnya peluang ketidaksuburan adalah sama bagi kedua-dua jantina. Ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina atau umur. Oleh itu, lelaki juga memikul beban yang sama dalam perbincangan mengenai kesuburan.

Ketidaksuburan atau kemandulan lelaki merupakan isu lazim yang memberi kesan kepada pasangan di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Penemuan yang mengejutkan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Malaysia mendedahkan bahawa 60% hasil ujian analisis sperma yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara menunjukkan keputusan yang tidak normal. Masalah ini adalah sangat meluas dan perlu ditangani dengan segera.

Dr Eeson Sinthamoney, Pengarah & Pakar Kesuburan di Sunfert

Dr Eeson Sinthamoney, Pengarah & Pakar Kesuburan di Sunfert, menekankan kepentingan dalam menangani aspek kesihatan reproduktif lelaki yang penting ini. “Adakah kadar ketidaksuburan lelaki semakin meningkat? Jawapannya adalah ya, dan impaknya memang tidak dapat dinafikan. Memandangkan faktor masyarakat dan persekitaran terus berkembang, kami menyaksikan peningkatan yang berterusan dalam kes ketidaksuburan lelaki. Mengiktiraf dan menangani isu ini adalah amat penting, dalam secara berterusan dan menyediakan sokongan komprehensif dan penyelesaian yang disesuaikan kepada individu dan pasangan yang mengharungi cabaran ini,” kata beliau.

Mengenal Pasti Punca Ketidaksuburan Lelaki

Ketidaksuburan lelaki boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor biologikal, termasuklah abnormaliti genetik, gangguan hormon, isu berkaitan dengan anatomi, dan masalah kesihatan sedia ada. Selain itu, pilihan gaya hidup seperti merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan, serta tabiat pemakanan yang kurang sihat boleh memberikan impak yang besar terhadap kesuburan lelaki. Dr. Eeson menekankan kepentingan faktor tambahan ini, "Walaupun berat badan bukan faktor utama yang menyebabkan ketidaksuburan pada lelaki, aktiviti seperti berbasikal jarak jauh secara kerap boleh memberikan kesan. Ujian sperma ringkas boleh dijalankan sebagai langkah permulaan dalam mengukur kiraan sperma dan tahap kesuburan secara keseluruhan.

Seterusnya, kita harus memastikan fungsi badan dan mengenal pasti masalah kesihatan sedia ada seperti gangguan hormon, faktor genetik, dan parameter sperma. Dengan menjalankan analisis menyeluruh terhadap aspek-aspek ini, doktor anda boleh dapatkan gambaran penting mengenai punca-punca spesifik yang menyumbang kepada ketidaksuburan. Pemeriksaan menyeluruh ini membolehkan pesakit mendapatkan rawatan yang disusun khas bagi mereka berdasarkan faktor-faktor unik yang boleh menyebabkan ketidaksuburan pada lelaki.

Mendapatkan Anak Di Sebalik Ketidaksuburan Lelaki

Teknologi bantuan reproduktif (ART) memberikan harapan kepada pasangan dan individu yang menghadapi isu ketidaksuburan lelaki. Inseminasi intrauterine (IUI) merupakan prosedur di mana konsentrasi sperma ditempatkan terus dalam rongga rahim bagi meningkatkan kemungkinan kehamilan dalam persekitaran semula jadi. Sebaliknya, persenyawaan in-vitro (IVF) merupakan prosedur yang diterima secara meluas dan telah melahirkan hampir 10 juta bayi di seluruh dunia. IVF melibatkan persenyawaan ovum (telur) oleh sperma di luar badan yang kemudiannya dipindahkan ke dalam uterus.

Kadar kejayaan IUI dan IVF bergantung kepada faktor-faktor individu seperti umur pasangan wanita, tahap kesihatan badan, dan punca ketidaksuburan bagi individu berkenaan. Melalui teknologi bantuan reproduktif ini, para lelaki boleh meneroka pilihan alternatif bagi mendapatkan anak dan memilih prosedur yang sesuai dengan situasi dan pilihan gaya hidup mereka sendiri.

Memperluas Ujian Genetik Untuk Ketidaksuburan Lelaki

Ujian genetik boleh memainkan peranan penting dalam diagnosis dan pengurusan kes ketidaksuburan lelaki yang serius. Ia melibatkan analisis bahan genetik seorang individu, seperti DNA atau kromosom, bagi mengenal pasti sebarang abnormaliti genetik yang mungkin berkait dengan ketidaksuburan.

Kemajuan dalam teknologi penyimpanan sperma seperti pembekuan cryo (cryopreservation) juga telah merevolusikan dunia kesuburan lelaki. Pembekuan cryo melibatkan proses pembekuan dan penyimpanan sampel sperma untuk kegunaan pada masa depan. Teknik ini berkesan bagi lelaki yang sedang melalui rawatan yang boleh menjejaskan kesuburan mereka seperti kemoterapi atau terapi radiasi. Penyimpanan sperma seperti ini memberikan individu harapan untuk memulakan keluarga pada masa hadapan walaupun mereka telah melalui proses rawatan yang boleh menjejaskan kesuburan mereka.

Pemerkasaan dan Sokongan

Bantuan emosi merupakan satu aspek penting semasa menangani cabaran ketidaksuburan lelaki. Sesi kaunseling dan terapi boleh memberikan ruang kepada lelaki atau pasangan mereka untuk meluahkan perasaan, emosi, serta pengalaman mereka dan juga bagi mendapatkan nasihat dan pandangan bagi membina strategi untuk menghadapi masalah mereka. Pengawalan stres dan mekanisme mengatasi masalah yang sihat boleh membantu meringankan beban emosi ini. Teknik seperti keprihatinan, penenangan diri, dan menjalankan hobi atau aktiviti fizikal boleh memberikan ketenangan dan meningkatkan kesejahteraan badan.

"Walaupun ketidaksuburan merupakan topik yang semakin menarik perhatian dalam tahun-tahun yang lepas, ia lazimnya memberikan fokus terhadap pengalaman wanita. Kita juga perlu memahami persepsi lelaki terhadap ketidaksuburan dan bagaimana ia memberikan impak terhadap emosi, hubungan, dan kualiti hidup mereka," nasihat Dr Eeson.

Autonomi Kesuburan

Dalam perbincangan mengenai kesuburan, pilihan yang dibuat untuk menjadi ibubapa merupakan sesuatu yang penting dan berbeza bagi setiap individu. Pilihan ini mengambil kira pelbagai faktor seperti kemahuan untuk mendapatkan anak, perancangan masa untuk membina sebuah keluarga, dan cara untuk mengharungi cabaran ketidaksuburan. Kita perlu mengakui dan menegakkan autonomi setiap individu dan pasangan dalam membuat keputusan tentang kesihatan reproduktif mereka.

Dr Eeson menekankan bahawa pandangan dunia terhadap kesuburan dan konsepsi telah berubah dengan ketara sejak 30 tahun yang lalu. Pasangan kini lebih cenderung untuk memulakan keluarga yang lebih kecil dengan satu atau dua anak berbanding generasi sebelumnya yang mempunyai empat hingga lima anak. Lelaki kini lebih terbuka untuk mendapatkan pandangan doktor, menyediakan sampel sperma, dan meneroka langkah-langkah yang tersedia dalam rawatan kesuburan mereka. "Kepada semua lelaki yang menghadapi ketidaksuburan, jangan rasa malu atau segan. Hadapi proses transformatif ini untuk menjadi seorang bapa, kita mempunyai pelbagai pilihan pada hari ini untuk memulakan sebuah keluarga."

Sunfert telah berjaya membantu melahirkan 5,000 bayi ke dalam dunia melalui rawatan kesuburan terkini mereka. Mereka percaya dalam memberi sokongan kepada para lelaki dan juga wanita yang dicerminkan melalui penyediaan penjagaan yang ihsan, melibatkan kaunseling dan terapi, rawatan inovatif, dan peluang untuk mengejar impian bagi membina sebuah keluarga bahagia. Sunfert memberikan komitmen untuk menyokong semua individu dan pasangan dalam perjalanan unik mereka dengan membina harapan dan menawarkan kepakaran mereka bagi setiap langkah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sunfert.com

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!