PUSAT PERUBATAN PARKCITY MENGUMUMKAN PELANCARAN WAD I-KIDDO DIGITAL


Menjalin kerjasama dengan TM One, cabang penyelesaian sektor perusahaan dan kerajaan TM, Pusat Perubatan ParkCity (PMC), sebuah hospital pelbagai disiplin di bawah naungan Ramsay Sime Darby Health Care (RSDH) dengan bangganya mengumumkan pelancaran Wad i-Kiddo yang dilengkapi ciri-ciri suite pintar untuk pesakit. Ia bertujuan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan memastikan pengalaman keseluruhan yang lebih baik untuk pesakit dan keluarga mereka. Ini merupakan salah satu daripada inisiatif pendigitalan PMC yang memanfaatkan penyelesaian penjagaan kesihatan digital dalam merevolusikan pengalaman penjagaan pesakit.

Wad i-Kiddo adalah wad pediatrik baharu PMC yang dilengkapi dengan keupayaan canggih yang dipacu oleh teknologi internet kebendaan (IoT) dari segi automasi dan kawalan sekeliling. Ia direka untuk meningkatkan keselesaan pesakit, memperkemas aktiviti penjagaan kejururawatan dan menyediakan keselesaan buat ibu bapa dan penjaga.

Setiap 35 bilik di dalam Wad i-Kiddo mempunyai persekitaran seperti di rumah dalam suasana hospital, yang membolehkan ibu bapa menyesuaikan keadaan sekeliling untuk pesakit yang harus berada di wad hospital. Pesakit boleh mengawal pencahayaan dengan mudah, begitu juga dengan pendingin udara, langsir, sekali gus mengurangkan keperluan bantuan jururawat menerusi penggunaan antara muka yang mesra pengguna. Ciri-ciri inovatif ini meningkatkan pengalaman pesakit dan memberi sokongan kepada ibu bapa dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan diri anak-anak mereka sepanjang masa berada di hospital.

“Menerusi kerjasama dengan TM One, kami berbangga untuk menjadi hospital pertama yang memanfaatkan Penyelesaian Suite Pesakit Pintar di Wad i-Kiddo inovatif kami. Dengan menerapkan teknologi digital, kami merevolusikan pengalaman penjagaan kesihatan ibu bapa dan keluarga mereka di hospital ini. Ia melambangkan pencapaian penting dalam perjalanan pendigitalan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PMC, Encik Peter S. Kasinathan.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan RSDH bagi melancarkan Suite Pesakit Pintar yang pertama ini. Penyelesaian inovatif ini akan menyediakan pengalaman penjagaan yang memberi keutamaan kepada pesakit yang lebih baik dengan meletakkan pesakit sebagai teras kepada perjalanan kesihatan mereka. Menerusi integrasi IoT, AI dan pendigitalan, RSDH berada di barisan hadapan dalam inovasi penjagaan kesihatan. Kerjasama ini akan merevolusikan bidang penjagaan pesakit dan menambah baik pengalaman pesakit di hospital menerusi penggunaan teknologi terkini. Kami berbangga dapat memainkan peranan dalam membentuk masa hadapan penjagaan kesihatan,” kata Naib Presiden Eksekutif TM One, Shazurawati Abd Karim.

Dalam usaha pendigitalannya secara berterusan, PMC sudah melaksanakan sistem giliran pintar untuk perkhidmatan pesakit luaran bagi memastikan aliran pesakit yang lancar dan cekap. Sistem parkir kenderaan pintar yang menggunakan pengecaman nombor plat kenderaan juga diperkenalkan baru-baru ini. Untuk perancangan masa hadapan, hospital tersebut mempunyai beberapa inisiatif penjagaan kesihatan digital yang lain. Ini termasuklah wad inovatif yang membolehkan pesakit menggunakan terminal di sisi katil untuk memesan makanan, memantau ubat-ubatan dan mengakses maklumat rawatan peribadi.

Ketua Pegawai Eksekutif RSDH, Peter Hong, berkata, “Kami berbangga dengan usaha kolektif ini dalam memacu pendigitalan, dan ia menunjukkan komitmen kami untuk memanfaatkan teknologi dalam mempertingkatkan penjagaan pesakit. Menerusi kerjasama dengan TM One, kami berhasrat untuk memanfaatkan kuasa pendigitalan bagi mewujudkan satu ekosistem penjagaan kesihatan yang lancar, serta menyediakan perkhidmatan yang lebih bercirikan peribadi dan memberi keutamaan kepada pesakit dalam kalangan masyarakat, akhirnya membentuk masa hadapan yang lebih cerah dan lebih bijak untuk penjagaan kesihatan bersama."

Untuk maklumat lanjut mengenai PMC dan perkhidmatan yang disediakannya, layari https://parkcitymedicalcentre.com/

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!