ECOBROWN RAIKAN HARI PENJAGAAN DIRI ANTARABANGSA DENGAN ACARA FUNACTIVE

Penjagaan diri, seperti yang ditakrifkan oleh WHO, bermaksud apa yang kita lakukan untuk diri sendiri bagi mewujudkan dan mengekalkan kesihatan dan mencegah serta menangani penyakit. Ia merupakan suatu konsep menyeluruh yang merangkumi kebersihan, pemakanan, gaya hidup, faktor persekitaran, faktor sosio-ekonomi, dan rawatan kendiri. Matlamat utama penjagaan diri adalah untuk mencegah atau mengawal penyakit dan memelihara kesejahteraan keseluruhan melalui tindakan konsisten untuk menjaga kesihatan kendiri.

Oleh itu, penjagaan diri boleh dianggap sebagai tahap asas penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat. Seseorang haruslah bertanggungjawab secara peribadi terhadap diri sendiri dengan memberi impak positif terhadap kesihatan kendiri masing-masing tidak kiralah pada masa kini mahupun pada masa akan datang. Oleh itu, dengan mengambil kira kepentingan mewujudkan penjagaan diri serta kesedaran dalam kalangan masyarakat, Serba Wangi Sdn Bhd, melalui salah satu jenama terkemuka, ecoBrown's, dengan bangganya menganjurkan FunActive with ecoBrown's pada 23 Julai 2023, bersempena Hari Penjagaan Diri Antarabangsa.

FunActive with ecoBrown's,  yang bermula pada jam 7 pagi bertempat di Sanctuary Mall telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan dari pelbagai lapisan masyarakat. Orang ramai begitu teruja dengan aktiviti zumba sebagai aktiviti utama. Zumba dipilih kerana ianya bertepatan dengan tema program ini iaitu untuk mempromosi kepentingan penjagaan diri. Kajian mendapati, activiti zumba selama 40 minit mampu untuk membakar secara purata 378 kalori selain dapat meningkatkan kecergasan kardiovaskular dan yang paling utama, ianya menyeronokan. Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan seperti cabutan bertuah, istana lantun kembung khas untuk kanak-kanak dan sebagainya.

Sukar untuk menjadikan penjagaan diri sebagai keutamaan, terutamanya jika anda sibuk, tetapi tidak salah bermula dari sekarang. Oleh itu, sebagai penyokong gaya hidup sihat dan percaya pada pepatah "pencegahan lebih baik daripada mengubati,"  fokus utama ecoBrown’s adalah untuk sentiasa mempromosikan gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat. 

ecoBrown berharap akan dapat menganjurkan pelbagai lagi aktiviti yang sihat dan menyeronokkan pada masa akan datang. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari ecoBrown’s di Facebook (facebook.com/ecoBrowns) dan Instagram (@ecobrownsrice).



Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!