DRAMA ADAPTASI NOVEL YANG PALING DINANTIKAN, I LOVE YOU, STUPID! KINI EKSKLUSIF DI VIU


Viu Malaysia, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW bakal menayangkan siri melodrama romantik terbaru bertajuk I Love You, Stupid!. Drama 40 episod ini akan ditayangkan bermula 12 Julai 2023 pada setiap hari Rabu hingga Sabtu secara eksklusif hanya di aplikasi Viu.

Drama yang diadaptasi dari novel terkenal karya Melur Jelita ini dibintangi oleh barisan pelakon ternama seperti MK K-Clique, Ezzanie Jasny, Haidar Hasanudin, Fauzi Nawawi, Marisa Yasmin dan juga Lisdawati.

I Love You, Stupid! mengisahkan tentang Iris Nur, seorang wanita cerdas yang mempunyai peraturannya sendiri dalam menjalani kehidupan walaupun perlu mengorbankan orang lain. Ini termasuk seorang pegawai yang tersalah tuduh selepas Iris gagal menggoda pegawai tersebut untuk mengelak daripada disaman. Berazam untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya, Iris menerima pelawaan dari teman lelakinya, Aidan untuk menyertai misi kemanusiaan di sebuah kampung di kawasan pedalaman. Tanpa disedari oleh yang lain, motif sebenar Iris menyertai misi itu adalah untuk membantu mendapatkan semula anak kepada kawan baiknya.

Langgan Viu Premium untuk menonton episod terkini I Love You, Stupid! dan pelbagai lagi rancangan hiburan Asia terbaik tanpa gangguan iklan. Muat turun aplikasi Viu secara percuma melalui App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta laman web www.viu.com.


Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA