IKEA MEMPAMERKAN KERUSI MAMMUT GERGASI SEBAGAI PEMBUKA TIRAI UNTUK ULANG TAHUN KE-20 IKEA DAMANSARA


Pasti ramai yang terkejut apabila melihat pemasangan sebuah kerusi kanak-kanak IKEA MAMMUT secara besar-besaran di luar gedung IKEA di Mutiara Damansara. Struktur merah jambu setinggi 5 meter itu sebenarnya ialah pembuka tirai untuk sambutan ulang tahun ke-20 IKEA Damansara yang berlangsung pada bulan Julai dan Ogos.

Kerusi MAMMUT mula-mula diperkenalkan pada tahun 1993 sebagai sebahagian daripada rangkaian untuk Kanak-kanak IKEA. Reka bentuknya yang menyeronokkan dan unik berilhamkan komik, anak-anak pereka bentuk sendiri serta cara mereka bermain. Ringan dan tahan lama, kerusi itu bukan sahaja sesuai untuk kegunaan di dalam dan luar rumah, tetapi juga menjalani ujian keselamatan yang teliti setiap tahun. Hari ini, ia telah menjadi salah satu produk IKEA yang paling laris di Malaysia di bawah kategori kanak-kanak.

“Kami sangat teruja untuk mempamerkan pemasangan secara besar-besaran di IKEA Damansara. Kerusi MAMMUT merupakan sebahagian daripada rangkaian IKEA klasik yang digemari oleh ramai keluarga di Malaysia. Selama ini, ia telah membawa kegembiraan yang bermakna kepada pelanggan kami. Jadi, kami ingin meraikannya secara besar-besaran! Semoga struktur baharu ini akan berkembang menjadi satu mercu tanda di kawasan itu, sebagaimana ketika IKEA Damansara baru membuka pintunya pada tahun 2003,” kongsi Charles S Nair, Pengurus Gedung IKEA Damansara (foto di atas).

IKEA Malaysia akan berkongsi maklumat lanjut tentang ulang tahun ke-20 IKEA Damansara tidak lama lagi, serta pelbagai aktiviti dan tawaran menarik bagi memeriahkan lagi sambutan ini yang berlangsung selama sebulan. Untuk maklumat terkini, layari laman Facebook rasmi IKEA Malaysia di SINI.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!