LAZADA RUN MALAYSIA MENJAYAKAN KETERANGKUMAN DAN PEMERKASAAN KOMUNITI


Acara Lazada Run yang julung kali diadakan merentasi beberapa negara berjaya menarik penyertaan seramai 8,000 rakyat tempatan di Malaysia. Keterujaan semua lapisan masyarakat jelas disaksikan apabila mereka gigih melengkapkan kategori larian 5km, 10km, dan 21km.

Berlangsung pada hari ini di Cyberjaya, perlumbaan 21km bermula pada jam 5.00 pagi, diikuti dengan sesi Zumba untuk memanaskan badan untuk pelari 10km yang bermula pada jam 6.45 pagi, dan pelari 5km yang memulakan larian pada jam 7.15 pagi.


Sementara para pelari mengatur langkah untuk sampai ke garisan penamat, Lazada Race Village meriah dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan khas untuk pengunjung dan ahli keluarga yang datang untuk menyokong peserta yang mengambil bahagian dalam Lazada Run. Antara keseronokan yang menanti termasuk pelbagai jenis food truck, Zon Pengalaman Jenama dan pelbagai reruai yang menyediakan hadiah percuma untuk meraikan acara istimewa ini.

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh telah merasmikan larian khas 1km yang menyaksikan penyertaan 40 atlet-para yang mewakili tiga kategori utama dalam Sukan Paralimpik, iaitu fizikal, visual, dan intelek. Larian khas ini telah mendapat sokongan dan sorakan yang bersemangat daripada para pengunjung.

Larian istimewa kategori 1km atlet-para disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Alan Chan (kiri) dan YB Hannah Yeoh (kanan).

Satu lagi acara kemuncak ialah penyampaian sumbangan berbentuk barangan sebanyak RM50,000 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Alan Chan kepada Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (PCM), Dato’ Sri Megat D. Shahriman, disaksikan oleh YB Hannah Yeoh. Sumbangan ini adalah untuk menyokong inisiatif crowd-funding TambahEMAS yang dinaungi PCM dengan misi untuk melatih dan menyediakan atlet-para tempatan untuk meraih lebih banyak pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024. Sumbangan ini juga bertujuan untuk menyokong usaha PCM dalam menganjurkan inisiatif jangkauan komuniti berlainan upaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Alan Chan (kiri) menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Dato’ Sri Megat D. Shahriman (kanan), disaksikan oleh YB Hannah Yeoh (tengah).

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Alan Chan, berkata acara Lazada Run mendemonstrasikan usaha Lazada untuk melibatkan belia tempatan dengan aktiviti kecergasan di samping mempromosikan keterangkuman dalam sukan untuk semua. “Kami sangat teruja dengan kejayaan Lazada Run yang dianjurkan sebagai platform untuk menginspirasikan pengguna dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Saya gembira melihat kehadiran rakyat Malaysia dari semua peringkat umur dan latar belakang pada pagi ini untuk meluangkan masa bersama rakan dan keluarga melakukan aktiviti rekreasi yang menyihatkan. Penyertaan atlet-para dan sokongan yang diterima daripada YB Hannah Yeoh membuat kami lebih komited untuk memastikan aktiviti kecergasan mudah diakses oleh orang ramai dan dapat membangunkan belia tempatan. Ramai antara mereka hadir pada hari ini untuk berjalan dan menyertai larian bersama rakan dan keluarga.”

Presiden PCM, Dato’ Sri Megat D. Shahriman juga berkata, “Lazada Run adalah satu contoh terbaik yang membuktikan kebolehan kita untuk melangkah ke arah membina dunia yang bukan sahaja merangkumi malah menyokong komuniti berlainan upaya. Seperti yang disaksikan hari ini, sukan dan kecergasan harus dan boleh disertai semua, dan kami sangat berterima kasih kepada Lazada yang giat berusaha untuk meningkatkan kesedaran dan meyokong atlet-para. Kami berharap untuk terus menyokong dan memperkasakan atlet-para berbakat tempatan yang telah dan akan terus membanggakan negara dalam arena sukan.”

Lazada Run disertai oleh atlet-para dalam larian istimewa 1km.

Acara larian yang pertama seumpamanya dianjurkan oleh platform e-Dagang, Lazada Run menjelajah ke enam bandar utama di Asia Tenggara bermula di Ho Chi Minh, diteruskan ke Jakarta, Bangkok, Manila, Kuala Lumpur dan akan berakhir di Singapura. Pemenang tempat pertama dari lima kota yang telah tamat perlumbaan akan diterbangkan ke Singapura untuk menyertai acara terakhir Lazada Run pada 23 Julai 2023.

Di Malaysia, pemenang tempat pertama dan kedua bagi perlumbaan 21km ialah Poo Vasanthan Subramaniam, Nik Fakaruddin Ismail, Noor Amelia Musa dan Lee Shi Fing; dan pemenang tempat pertama bagi perlumbaan 10km, Mohamad Shahrin Che Abdullah dan Chua Khit Yeng akan mewakili Malaysia untuk bersaing di Singapura menentang pemenang dari negara-negara lain untuk peluang memenangi USD3,500 (dianggarkan bernilai RM16,000). Lima pemenang utama bagi acara 21km dan 10km juga memenangi baucar wang tunai berjumlah sehingga RM21,200, manakala semua pelari yang berjaya melengkapkan perlumbaan separuh maraton menerima pingat perlumbaan 21km dan kemeja-T penamat.

Pemenang kategori 21km dan 10km yang akan mengambil bahagian dalam acara penutup di Singapura.

Terdapat juga hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi di mana lebih 30 pemenang berpeluang mendapat hadiah menarik daripada Lego, Aveda dan Ice-Watch.

Jenama pakaian sukan terkemuka Puma adalah Rakan Kongsi Pakaian Rasmi Lazada Run, manakala FreeYond, Y.O.U, dan Dettol merupakan Penaja Rasmi.

Optimum Nutrition merupakan Penaja Rasmi Nutrisi Sukan, Revive pula sebagai Rakan Kongsi Rasmi Minuman Isotonik, dan Tonton sebagai Rakan Media Rasmi. Penaja lain termasuk juga Milo, Spritzer, Blackmores, Epitex, Unilever, Ice-Watch, Splat, Lego, Aveda dan Tealive.

Lazada Village adalah kawasan karnival yang meriah di mana pelbagai aktiviti dan permainan disediakan, ada makanan, minuman dan tawaran eksklusif Lazada untuk dinikmati oleh peserta larian bersama keluarga.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025