PRODUK PENJAGAAN KULIT KYUT SKIN KINI DILANCARKAN DENGAN PEMBUKAAN RASMI RUANG PAMERANNYA


Kyut Skin, sebuah jenama penjagaan kulit milik Fabulove Sisters Empire meraikan kemunculannya ke dalam industri kecantikan dengan sebuah majlis pelancaran produk keluarannya, yang berlangsung seiring dengan pembukaan rasmi ruang pameran eksklusif Kyut Skin di Wisma Nini Comei baru-baru ini.

Majlis yang diadakan di ruang pameran terbaharu milik syarikat itu telah memberikan para hadirin telah pengalaman eksklusif mencuba dan menyaksikan sendiri rangkaian produk Kyut Skin semasa pelancaran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fabulove Sisters Empire, Nur Fathini Khalilah, Kyut Skin diwujudkan dengan komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang mudah bagi keperluan penjagaan kulit harian. Ini termasuklah dengan mengintegrasikan kemajuan teknologi ke dalam produk keluaran mereka.


“Di Kyut Skin, kami komited untuk menghasilkan produk yang inovatif, berkualiti tinggi, dan penuh dengan manfaat yang akan memberikan impak positif kepada kulit anda,” ujar Fathini yang turut memperkenalkan kepada hadirin empat produk Kyut Skin yang kini boleh didapati di pasaran antaranya Stik Pelindung Matahari, Oli Face Cleansing Sheet, Glowy Face Mist dan Moist Moisturiser.

Produk Kyut Skin kini boleh didapati untuk melalui laman web rasmi mereka di www.kyutskin.com, atau di Shopee (https://shopee.com.my/kyutskin_) dan TikTok Shop (https://www.tiktok.com/@kyutskin), selain di cawangan pengedar yang diiktiraf seperti The Pastel Shop, United Care Pharmacy, dan Valent Skin. Orang ramai yang berminat juga boleh menerokai rangkaian produk jenama ini di ruang pameran mereka di Ampang.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM