SAMBUTAN "A BLOOMING NEW BEGINNING" DI AVENUE K



Tahun baharu, permulaan baharu. Sambutlah Tahun Baharu Cina di Avenue K dengan tema ‘A Blooming New Beginning’. Atrium Avenue K telah ditransformasikan menjadi sebuah taman yang mekar dengan bunga-bungaan musim bunga mulai 3 Januari sehingga 9 Februari 2020 untuk meraikan kehadiran musim bunga dan permulaan baharu.


Bunga-bunga gergasi yang bercahaya pastinya menjadi latar belakang yang menarik bagi gambar-gambar Instagram! Bunga ceri dan peonies melambangkan kehadiran musim bunga dan menandakan permulaan baharu. Hiasan burung-buruing yang berwarna warni serta tanglung merah yang digantung tinggi turut memeriahkan suasana Tahun Baharu Cina. 

Avenue K turut menyediakan pelbagai gerai-gerai yang menjual beraneka biskut raya, hiasan musim perayaan dan pakaian tradisional Cina untuk membantu anda membuat persiapan menyambuta Tahun Baharu Cina. 

Upacara signatur Avenue K iaitu Money Showering bakal diadakan pada 3 Februari 2020 di mana limau Mandarin akan digulingkan bagi menyambut tuah dan kekayaan dan wang ringgit akan dilepaskan dari mulut singa dalam persembahan Tarian Singa sebagai simbol tuah, kebahagiaan, dan panjang umur. 


Sambutan Tahun Baharu Cina di Avenue K turut menampilkan persembahan dan aktiviti perayaan seperti Tarian Singa Seni Jalanan, Tarian Remix Kebudayaan Cina Blossom, Persembahan Lukisan Erhu Laju, Persembahan Tukar-tukat Topeng, Diabolo, Seni Kaligrafi Pelangi, dan Muzikal Fusion Instrumental untuk menghiburkan para pengunjung. 

Sebagai ganjaran, jangan lupa untuk menebus satu set Sampul Prosperity Packetdengan pembelian minima RM288 (RM200 untuk pemegang kad AK Neighbours), sementara stok masih ada. 

Kepada yang berbelanja lebih banyak, tebuslah Fortune Bag yang mengandungi biskut Famous Amos dan baucer tunai Nene Chicken dengan pembelian minima RM388 (RM288 untuk pemegang kad ahli AK Neighbours)! 

Avenue K turut menganjurkan peraduan ‘Toss The Yee Sang Contest’ dari 3 Januari sehingga 17 Januari 2020 dengan hadiah set yee sang dari Dolly Dim Sum. Untuk maklumat lanjut sila ikuti Laman Facebook Avenue K.

Gunakan kod promo Grab: AKCNY20 untuk mendapatkan diskaun RM10 untuk dua perjalanan Grab pergi dan balik dari Avenue K. Khas buat 1,000 perlajanan pertama sahaja, dari 3 Januari sehingga 9 February 2020.


Majlis pelancaran ‘A Blooming New Beginning’ turut dihadiri oleh 20 orang warga tua dari Rumah Kasih Charity Home yang diraikan dengan makan malam serta sesi membeli-belah di Village Grocer untuk membuat persiapan Tahun Baharu Cina bagi mereka.


Jom ke Avenue K untuk membuat persiapan Tahun Baharu Cina dan nikmatilah pelbagai aktiviti dan promosi yang disediakan untuk menyambut permulaan baharu yang penuh harapan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.avenuek.com.my/ dan ikuti https://www.facebook.com/AvenueKMY/

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI