IPC SHOPPING CENTRE BAWAKAN ‘SUPERSIZED PROSPERITY’



Sempena Tahun Baharu Cina Tikus, IPC Shopping Centre bakal membawakan tema hiasan ‘Supersized Golden Mouse Prosperity Home’ di mana para pengunjung berpeluang untuk 'berkeliaran' seperti seekor tikus di dalam rumah yang dipenuhi dengan perabot dan hiasan gergasi.


Pengunjung pastinya kagum dengan hiasan ‘supersized prosperity’ yang berupa kerusi gergasi, meja makan gergasi, peti harta karun yang melambangkan kegembiraan, kekayaan, kesejahteraan, keamanan, dan keharmonian di dalam kehidupan bagi sesiapa yang mengunjungi pusat membeli-elah tersebut; dan menghasilkan pengalaman yang sukar dilupakan bersama keluarga dan rakan-rakan.


Para pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan biskut raya dan hamper yang dijual di kedai-kedai pop-up sementara di ruang legar, mengambil bahagian dalam bengkel seni dan kraf, dan sesi bertemu mesra dengan God dan Goddess of Prosperity, menikmati orkestra Cina, Tarian Singa, dan persembahan Tarian Cina Tradisional.


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ipc.com.my. 

Comments

Popular posts from this blog

IKON BUKIT BINTANG KEMBALI: THE FEDERAL KUALA LUMPUR TAMPIL LEBIH SEGAR DAN KONTEMPORARI

CITRAWARNA SPEED FESTIVAL 2026 MERAIKAN SENI BUDAYA BERSAMA KEMERIAHAN SUKAN PERMOTORAN

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

HEALTH SUMMIT ASIA (HSA) 2027: MEMACU INOVASI, AKSES PASARAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI DI SELURUH EKONOMI KESIHATAN ASIA YANG BERNILAI RM20 TRILION