KOLABORASI MAGIK ANTARA AEON DAN DISNEY
Sempena Tahun Baharu Cina yang akan tiba tidak lama lagi, paparan runcit eksklusif bertemakan ‘Disney’ kini menanti para pengunjung ke AEON Mid Valley, AEON Bandar Utama dan AEON Taman Maluri. Para peminat karakter ikonik Disney, Mickey Mouse ini akan mendapat peluang untuk memiliki produk kegemaran mereka di cawangan AEON yang terpilih.
Buat julung kalinya, peruncit terkemuka Jepun di Malaysia, AEON CO. (M) BHD. bekerjasama dengan The Walt Disney Company Malaysia. Kerjasama ini bersempena Tahun Baharu Cina 2020, iaitu Tahun Tikus (Year of Mouse) yang dipercayai tahun yang penuh makmur, kuat dan bertuah bagi tanda zodiak Cina. Kerjasama sepanjang tempoh setahun menampilkan pengenalan produk semasa musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya, Merdeka dan hari-hari perayaan yang lain. Selari dengan usaha kerjasama ini, ia bertujuan untuk menawarkan para pengunjung dan juga peminat fanatik Mickey Mouse pengalaman membeli-belah yang unik dan dibezakan melalui kepelbagaian produk yang berkualiti tinggi. Untuk permulaan yang cemerlang dan penuh keuntungan menjelang 2020, Disney berganding bahu dengan AEON CO. (M) BHD. bagi mengalukan “The Year of The Mouse” dengan memperkenalkan koleksi eksklusif Year of Mouse & Mickey Love sempena Tahun Baharu Cina ini. Sejajar dengan usaha untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang unik serta menawarkan keselesaan dan kesenangan kepada para pengunjung, AEON CO. (M) BHD. telah memperkenalkan ruang eksklusif bagi jenama Disney’s Mickey. Ia juga menampilkan koleksi yang terdiri daripada kemeja-T grafik, aksesori-aksesori seperti beg galas (tote bag) dan plush toys. Koleksi ini direka khas untuk meniup semangat “The Year of The Mouse” dengan sentuhan karakter Disney iaitu Mickey dan Minnie Mouse. Mengulas kerjasama tersebut, Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD., Shinobu Washizawa berkata, “Kami sentiasa kagum dengan pengalaman ajaib yang ditampilkan oleh Disney kepada semua peminat dari pelbagai peringkat umur – dengan itu, kami amat berbesar hati untuk berganding bahu dan berkolaborasi dengan Disney bagi mewujudkan pengalaman membelibelah yang unik kepada para pengunjung kami sempena Tahun Baharu Cina ini.” “Kami prihatin akan cara para pengunjung kami membeli produk. Oleh hal yang demikian, kami ingin memastikan para pengunjung memperolehi akses dan dapat menyelami dunia magik melalui kolaborasi ini – dimana ia membolehkan pihak kami untuk membawa sentuhan Disney ke pusat beli-belah kami serta mempertingkatkan pengalaman membeli-belah para pengunjung untuk karakter kartun kegemaran mereka,” tambah beliau. Koleksi Year of Mouse & Mickey Love ini terdiri lebih daripada 50 jenis produk yang merangkumi daripada pelbagai pilihan kemeja-t grafik untuk seluruh keluarga; daripada rangkaian eksklusif beg galas (tote bag) dan Mickey & Minnie Mouse plush toys. Seiring dengan itu, produk-produk ini menawarkan keajaiban Disney terutamanya sempena Tahun Baharu Cina yang akan datang tidak lama lagi. Malah, koleksi ini juga dijual dengan harga berpatutan - antara RM29.00 hingga RM50.00 sahaja. Rangkaian koleksi eksklusif Year of Mouse & Mickey Love akan berada di pasaran yang berkenaan dari 13 Disember 2019 hingga 20 Januari 2020. Tidak lupa juga, bagi para pengunjung yang mencari hadiah Krismas untuk orang tersayang, mereka juga boleh merebut peluang untuk memiliki karakter-karakter Disney kegemaran mereka ini.
Comments
Post a Comment