RAIKAN KEINDAHAN "BLOOM IN BEAUTY" DI FAHRENHEIT88



Sempena Tahun Baharu Cina ini, Fahrenheit88 mengalu-alukan kehadiran anda semua untuk menyambut ‘Bloom In Beauty’ dari 4 Januari - 9 Februari 2020. Diinspirasikan daripada kumtuman bunga peonies yang melambangkan kedamaian, peonies merah jambu turut melambangkan tuah dan kekayaan.


Meriahkan suasana membeli-belah di Fahrenheit88 sambil menikmati aktiviti dan promosi eksklusif yang disediakan.

Sempena musim perayaan ini, dapatkan produk kecantikan dan penjagaan kulit dari gedung Sephora yang terbesar di Malaysia yang baru dibuka dan Play Up Advance.


Dengan setiap pembelian RM288 dalam satu resit, pengunjung bakal menrima satu peluang cabutan bertuah Lucky Ang Pow Dip yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Sampul-sampul angpow yang eksklusif juga boleh ditebus dengan pembelian minimum RM68 dalam satu resit.

Lucky Ang Pow Dip

Antara aktiviti-aktiviti perayaan menarik yang menanti anda adalah Seni Kaligrafi Pelangi, Bengkel Membuat Simpulan Tradisional Cina, Clay Art dan juga Tilikan Nasib oleh penilik nasib dari negara Cina. Semua aktiviti adalah percuma dengan sebarang pembelian pada hujung minggu mulai 11 Januari - 19 Februari 2020.

Hiasan Tahun Baharu Cina di Fahrenheit88

Demo membuat gula-gula 

Rainbow Calligraphy Art

Sambutan Tahun Baharu Cina tidak lengkap dengan Tarian Singa. Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan tarian Harmony Dance oleh Taylor’s International School Kuala Lumpur.


Fahrenheit88 menawarkan lokasi yang menarik untuk membuat "reunion"bersama keluarga dan bersantai bersama rakan-rakan. Nikmati hidangan "Yee Sang" di restoran Korea autentik yang baru dibuka, Koryo-Won, Grand Harbour Restaurant and CEO Karaoke.



Dapatkan hadiah perayaan di kedai Kome dan Lucky Gems. Bergaya dengan kasut-kasut buatan Eropah yang terbaru di Feith dan jangan lupa dapatkan permata yang bertuah di Emrusa.

Feith

Kepada yang gemarkan senaman, jom ke Celebrity Fitness yang baru dibuka yang menawarkan gaya hidup yang unik, menggandingkan kecergasan dengan hiburan.

Celebrity Fitness

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.fahrenheit88.com/ 

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA

DI PERSEMBUNYIAN - ALBUM PERDANA DUO FOLK POP SATWO MEMBAWA ‘ROLLERCOASTER’ MUZIK DAN EMOSI