‘DIDI & FRIENDS’ MENANGI ASIAN TELEVISION AWARDS KE-24 DI MANILA



Siri popular kanak-kanak, ‘Didi & Friends’ diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Program Prasekolah Terbaik’ di Asian Television Awards ke 24 yang berlangsung di Manila, Filipina pada 10 Januari lalu. 

Program muzikal berbentuk ‘edutainment’ ini mengalahkan pencalonan lain dari negara China (‘Fashion Kids’ dan ‘Flying Fairground’), Jepun (‘Shimajirō no Wow!’) dan program terbitan produksi yang sama (Digital Durian), ‘Omar & Hana’ yang merupakan sebuah siri animasi Islamik popular. 

Naib Presiden GenNext & Perniagaan Antarabangsa Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, “Astro sentiasa komited dalam menyajikan pelbagai kandungan menarik yang bersifat santai, berinformasi dan kreatif untuk penonton generasi muda khususnya. Justeru, menerusi kemenangan ‘Didi & Friends’, sebuah siri terbitan Digital Durian dengan kerjasama Astro ini, ia secara tidak langsung mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai salah satu penerbit kandungan utama di Asia. Kami berharap, dengan kemenangan ini, ia akan memberi inspirasi kepada pemain industri di luar sana untuk sama-sama berusaha menyediakan hasil kerja terbaik yang bukan sahaja berpotensi untuk merekodkan tanda aras baharu bagi segmen kandungan prasekolah, malahan membantu membentuk satu ekosistem selamat untuk tontonan kanak-kanak. Ia juga membuktikan bahawa hiburan seumpama ini seimbang dari aspek pembelajaran dan keseronokan.” 


Asian Television Awards merupakan majlis penyampaian anugerah yang mengiktiraf program-program dan produksi bagi industri televisyen. Untuk maklumat lanjut mengenai anugerah ini dan senarai pemenang, layari https://www.asiantvawards.com/.

Comments

Popular posts from this blog

IKON BUKIT BINTANG KEMBALI: THE FEDERAL KUALA LUMPUR TAMPIL LEBIH SEGAR DAN KONTEMPORARI

CITRAWARNA SPEED FESTIVAL 2026 MERAIKAN SENI BUDAYA BERSAMA KEMERIAHAN SUKAN PERMOTORAN

ASTRAZENECA MALAYSIA & MSN TINGKATKAN KESEDARAN SERTA SOKONGAN PENJAGAAN AHUS