TUNE PROTECT MEMPERKASAKAN KOMUNITI ORANG ASLI

(Kelima dari kanan) Khoo Ai Lin, Ketua Pengawai Eksekutif Tune Protect Group, Koot Chew Ling, Tune Protect Ketua Pembagunan Korporat & Perhubungan Pelabur, Shawn Augustin, Tune Protect CSR, Yap Hsu Yi, Ketua Rakyat & Kebudayaan dan Shirley Cheen Ooi Wai, Ketua Pengawai Kewangan Tune Protect menunjukkan sokongan kepada peserta Orang Asli di Pejabat Utama Tune Protect 

TUNE Protect Group Berhad (Tune Protect) telah memulakan penglibatan dalam sebuah program utama untuk komuniti Orang Asli yang dikenali sebagai FLEE iaitu singkatan untuk Financial Literacy, Empowerment & Entrepreneurship (Literasi Kewangan, Pemerkasaan & Keusahawanan). Tujuan utama program ini ialah untuk memberi sokongan kepada komuniti Orang Asli yang kurang diberi perhatian dengan menggalakkan mereka untuk keluar dari zon selesa dan menerokai bidang keusahawanan sebagai satu cara untuk keluar dari belenggu kemiskinan. 

Program FLEE adalah sebuah program 3 fasa yang terdiri daripada kem latihan selama 3 hari yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Belia Orang Asli (MBOA). Kem latihan yang terbuka ini mengalu-alukan penyertaan belia Orang Asli dari mana-mana suku, kampung dan negeri. MBOA membantu para peserta untuk memanfaatkan pengetahuan baru yang diperoleh dari kem latihan tersebut apabila mereka pulang ke kampung masing-masing. Para peserta tersebut juga diharap akan dapat memberi inspirasi kepada belia Orang Asli lain di kampung mereka untuk meningkatkan sumber pendapatan melalui keusahawanan. 

Melalui program tersebut, belia Orang Asli didedahkan kepada empat konsep praktikal yang merangkumi memperoleh pendapatan melalui keusahawanan; menyimpan untuk mengembangkan perniagaan dan waktu yang memerlukan; berbelanja untuk keperluan; dan perlindungan daripada perkara-perkara yang tidak diingini. 

“Ramai belia Orang Asli berhenti sekolah untuk membantu menyara keluarga atau hanya tamat sekolah menengah, dan ini menyebabkan peluang pekerjaan mereka menjadi terhad,” kata Yap Hsu Yi, Ketua Rakyat & Budaya, Tune Protect. “Melalui Program FLEE Orang Asli, Tune Protect mensasarkan untuk memberi bantuan praktikal dan interaktif apabila pembelajaran mereka terhenti serta merta selepas berhenti sekolah. Kami ingin membuktikan kepada komuniti Orang Asli bahawa mereka tidak dilupakan, dan kami ingin membantu mereka dalam usaha untuk menjadi usahawan yang berdikari,” tambah beliau. 

Kem Latihan Orang Asli Yang Pertama 

Kem latihan FLEE Orang Asli yang pertama telah dijalankan pada penghujung 2018, di mana para peserta menjana idea bersama jurulatih dan fasilitator dalam perbincangan kumpulan untuk berkongsi pengalaman, idea dan cabaran yang mereka hadapi. Menyedari kebaikan usaha ini, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengundang Tune Protect untuk bekerjasama dalam menyediakan platform keusahawanan bagi masyarakat Orang Asli. Berikutan itu, Tune Protect telah menganjurkan fasa kedua kem latihan pada September 2019 untuk membantu memformalkan perniagaan yang dimulakan oleh para peserta Orang Asli yang diilhamkan daripada kem latihan pertama mereka. Sebanyak 3 perniagaan Orang Asli telah berjaya didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) semasa fasa kedua ini iaitu Orang Asli Bamboo Straw Enterprise oleh Suku Semelai dari Negeri Sembilan; Orang Asli Beauty oleh Usahawan Jahut dari Pahang; dan Orang Asli Zara Enterprise oleh Usahawan Semai dari Perak. 

Tune Protect bercadang untuk menjalankan fasa ketiga dan terakhir untuk Program FLEE Orang Asli pada awal 2020. Ini akan melibatkan penajaan komputer riba baharu, latihan suite produktiviti, kemahiran asas perakaunan dan perkongsian idea pemasaran untuk membantu mereka menguruskan perniagaan dan kewangan mereka selepas itu. Lebih banyak kem latihan FLEE Orang Asli juga sedang dirancang untuk menggalakkan lebih ramai Orang Asli menceburi bidang keusahawanan dan memulakan perniagaan mereka secara rasmi. 

Komuniti Orang Asli Mampu Selenggara Diri untuk Masa Depan yang Lebih Baik 

Tune Protect percaya bahawa semua orang berhak untuk dilindungi, dan salah satu cara seseorang individu dan masyarakat boleh dilindungi adalah melalui pendidikan. Program FLEE Orang Asli adalah program unik yang dihasilkan untuk mendidik dan menyokong sepenuhnya para peserta Orang Asli dari awal hingga akhir; Tune Protect merancang untuk menyertai perjalanan para peserta Orang Asli sepanjang keseluruhan proses, bermula dari pencarian idea hinggalah mendaftar dan menjalankan perniagaan mereka sendiri. Program ini juga menepati rangka kerja kelestarian Tune Protect di bawah Matlamat Nombor 4 Pembangunan Lestari Bangsa-Bangsa Bersatu yang mempromosikan pendidikan yang berkualiti. 

Program FLEE Orang Asli juga bersesuaian dengan Strategi Kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk Literasi Kewangan 2019 – 2023 yang dilancarkan pada Julai 2019, yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia dengan meningkatkan literasi kewangan mereka. “Dengan mempersiapkan belia Orang Asli dengan maklumat dan alatan yang diperlukan untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan mereka, mereka dapat meningkatkan sumber pendapatan keluarga mereka dan komuniti serta menjadi lebih bertanggungjawab dari segi kewangan,” tambah Hsu Yi. 

Jerami Buluh dan Sarung Jerami yang dijual oleh Orang Asli dari Puak Semelai, Negeri Sembilan di Program Orang Asli FLEE

Matlamat jangka panjang Program FLEE Orang Asli ialah untuk memupuk masyarakat Orang Asli yang mampu menyelenggara diri di mana mereka boleh mengusahakan perniagaan mereka sendiri dengan sokongan padu daripada Tune Protect, MBOA dan JAKOA. Ini juga bersesuaian dengan Matlamat Nombor 11 Pembangunan Lestari Bangsa-Bangsa Bersatu, di mana Tune Protect membantu membangunkan para usahawan dan komuniti Orang Asli yang mampu menyelenggara diri. Dengan meningkatkan standard ekonomi masyarakat Orang Asli, Tune Protect berharap lebih ramai belia Orang Asli akan dapat keluar dari zon selesa mereka untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA

DI PERSEMBUNYIAN - ALBUM PERDANA DUO FOLK POP SATWO MEMBAWA ‘ROLLERCOASTER’ MUZIK DAN EMOSI