JULIE'S LOVE LETTERS, SAMBUTAN KLASIK TAHUN BARU CINA
Raikan tahun baru ini dengan Julie’s Love Letters. Kongsi kasih sayang dengan keluarga dan rakan anda pada musim perayaan ini. Julie’s Love Letters bukan sekadar citarasa kenangan indah untuk kebanyakan rakyat Malaysia, tetapi hadiah terbaik yang boleh anda boleh berkongsi bersama-sama sanak saudara dan rakan-rakan anda.
Tema tahun ini - "Your Festive Indulgence" menandakan kepentingan memilih makanan yang sesuai untuk menyebarkan kebahagiaan, rahmat dan semangat positif kepada orang ramai. Sempurnakan majlis makan malam Tahun Baru Cina ini dengan perkakas makanan "Good Fortune" yang direka khas untuk musim promosi ini, bersama-sama dengan Julie’s Love Letters yang lazat.
Julie’s Love Letters dihasilkan dengan penuh kasih sayang. Ini adalah hadiah terbaik untuk orang yang anda sayangi kerana ia dihasikan dengan ikhlas dan teliti. Bagi melancarkan tradisi tahunan kami, Julie’s akan mengadakan pameran bergerak (roadshow) di sekitar Malaysia untuk berkongsi rahmat kami dengan semua. Tema Tahun Baru Cina kami "Your Festive Indulgence" adalah ucapan kami kepada orang ramai untuk menyemai rasa kasih sayang & kebahagiaan di Tahun Baru ini.
Julie’s Love Letters bukan sekadar hadiah yang sempurna malah merupakan snek perayaan yang dicintai oleh semua. Rapatkan hubungan generasi yang berbeza dengan snek lazat ini ketika berkumpul untuk menikmati kebahagiaan pada musim perayaan ini.
Tahun ini, ramai selebriti dan influencer media sosial berkongsi kenangan indah dengan Julie’s Love Letters di media sosial. Ini mencerminkan Julie’s Love Letters kami adalah kegemaran rakyat Malaysia sejak beberapa generasi yang lalu. Julie’s Love Letters ialah snek tradisi yang digemari oleh semua orang sepanjang Tahun Baru Cina.
Perkakas Makanan "Good Fortune", Membawa Rahmat Ke Mana-mana Jua
Jamuan makan malam ialah tradisi penting pada Tahun Baru Cina. Selepas bekerja keras sepanjang tahun, semua ahli keluarga bergegas pulang ke rumah untuk bersama-sama menjamu makan malam Tahun Baru. Semua hidangan di atas meja disediakan dengan bagi menyambut kedatangan tahun baru yang baik. Perkakas makanan baru turut menandakan nasib yang baik untuk tahun yang akan datang. Peralatan makan "Good Fortune" edisi terhad Julie’s (2 mangkuk dan 2 set penyepit dalam satu set) bersedia untuk menjadi sebahagian daripada tuah anda di jamuan makan malam tahun ini.
Peralatan makan "Good Fortune" Julie’s membawa maksud "membawa tuah” dan "menambah ahli keluarga baru". Mangkuk baru mewakili kekayaan manakala penyepit baru mewakili kebahagiaan. Kedua-dua peralatan makan ini menandakan tahun yang bertuah dan makmur.
Pameran Bergerak (Roadshow) Julie's Bermula Januari Ini
Sebagai penghargaan kepada orang ramai atas sokongan padu mereka terhadap Julie’s Love Letters, kami akan mengadakan pameran bergerak di sekitar Malaysia untuk berkongsi rahmat dengan semua.
Dari 3 hingga 5 Januari, Julie’s akan melancarkan pameran bergerak "Your Festive Indulgence" di IOI Mall Puchong. Dapatkan perkakas makanan "Good Fortune" secara percuma dengan pembelian 3 tin Julie’s Love Letters atau Cocoro dalam satu resit. Promosi ini bermula pada pukul 12 tengahari di hujung minggu dari 4 hingga 19 Januari, sementara stok masih ada. Dapatkan Wafers Cheesy Duo Cream Filled Wafer Cubes 30g secara percuma dengan pembelian tin Love Letter Julie's Tahun Baru Cina edisi terhad. Perkakas makanan "Good Fortune" hanya boleh didapati di pameran bergerak promosi di beberapa bandar di Malaysia, terhad kepada 128 set, sementara stok masih ada.
Dengan kerjasama yang baik dengan platform jualan atas talian, Julie’s akan meneruskan jualan atas talian kami dengan Shopee dan lain-lain e-commerce platform. Pengguna juga boleh membuat pembelian 3 tin Julie’s Love Letters atau Cocoro melalui platform tersebut dan mendapatkan satu set peralatan makan "Good Fortune" dengan percuma, sementara stok masih ada. Mudahnya! Dengan hanya beberapa klik, anda boleh berkongsi kasih sayang anda ke seluruh dunia!
Tambahan pula, Shopee membawakan hamper bertema Tahun Baru Cina edisi terhad eksklusif Julie’s ke pameran di IOI Mall Puchong dari 3 hingga 5 Januari. Dapatkan hamper istimewa ini yang mempunyai pelbagai jenis biskut yang lazat serta Julie’s Love Letters Coklat dan Strawberi yang popular. Dengan harga hanya RM50 dan hanya boleh didapati di pameran ini, hadiahkanlah rakan-rakan dan mereka yang tersayang pada Tahun Baru Cina ini untuk permulaan tahun yang indah. Sementara stok masih ada.
Julie’s Love Letters, Rasa Yang Tidak Akan Dilupakan
Julie’s Love Letter ialah kudapan yang digemari oleh semua isi rumah dalam musim perayaan. Biskut Julie’s bukan sekadar tanda kenangan indah, malah juga merupakan tanda kasih sayang. Ada yang percaya bahawa setiap biskut Love Letter Julie’s digulung dengan tuah dan kerahmatan yang membawa kebahagiaan dan kemakmuran untuk semua.
Julie’s Love Letters ialah produk berkualiti yang memenuhi trend semasa dan cita rasa pengguna dengan pelbagai pilihan perisa. Antaranya ialah Love Letters berperisa coklat yang digulung dengan inti krim coklat, dimana setiap kunyahan dipenuhi dengan rasa coklat yang kaya dan bermutu tinggi membuatkan anda mengidamkan nya lagi. Love Letters perisa strawberi pula dipenuhi dengan aroma strawberi manis yang anda tidak akan tolak, bak seperti cinta pertama.
Julie's Love Letters ialah jenama yang telah mencecah 30 tahun di pasaran. Produk Julie’s dihasilkan dengan proses berteknologi tinggi yang mengutamakan aspek kebersihan dan kesihatan. Semua bahan yang digunakan adalah bermutu tinggi dan semula jadi, tanpa bahan pengawet, pewarna tiruan dan MSG, serta mematuhi piawaian ISO dan HACCP.
Keutamaan pengeluaran Julie’s ialah menghasilkan produk penuh kasih sayang dengan menyediakan persekitaran kerja yang selesa untuk semua pekerja, agar mereka turut mencurahkan kasih sayang dalam kerja mereka.
Comments
Post a Comment