KEMAKMURAN 'GARDEN OF ABUNDANCE' DI PARADIGM MALL PJ



Sambutlah kehadiran Tahun Tikus dengan melaungkan “Huat” dan nikmati limpahan kemakmuran pada Tahun Baru Cina ini! Saksikan keindahan bunga peony berkembang mekar di Paradigm Mall Petaling Jaya, menyatukan keluarga untuk menghasilkan kenangan baharu.

Diserikan hiasan bertemakan ‘Garden of Abundance’, pengunjung boleh menyaksikan keindahan bunga ‘peony’, bunga yang melambangkan kemakmuran, kekayaan dan tuah di Paradigm Mall Petaling Jaya. Rekaannya disempurnakan hiasan rama-rama berwarna merah jambu, jingga dan merah serta emas, membawakan suasana perayaan Tahun Baru Cina sepanjang 6 Januari hingga 9 Februari 2020.


“Kami berbesar hati untuk mempersembahkan ‘Garden of Abundance’ untuk perayaan Tahun Baru Cina ini. Ia merupakan tradisi untuk meraih perayaan setahun sekali ini dengan bunga dan tumbuhan yang meriah kerana ia dipercayai membawa tuah dan rahmat. Tahun ini merupakan Tahun Tikus Besi dan seperti ramalan horoskop tahunan, ia merupakan elemen yang dikaitkan dengan kejayaan, kesihatan dan kekayaan. Oleh itu, kami mengharapkan para pengunjung akan menikmati sambutan Tahun Baru Cina yang Makmur dan semoga tahun ini dipenuhi dengan kepuasan, peluang dan ketenangan,” jelas Cik Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls Management.


Tambahnya lagi, “Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang dipenuhi dengan pemberian. Sedang kita menyambut kedatangan Tahun Baru, usahlah kita lupakan mereka yang kurang bernasib baik. Untuk mendekati mereka, Paradigm Mall PJ bekerjasama dengan inisiatif Food Bank oleh Kechara Soup Kitchen dengan menjalankan kutipan derma Food Bank di pusat membeli-belah ini.”

Pengunjung pusat membeli-belah boleh menyertai kempen menderma ini dengan menyumbangkan makanan (kering dan dalam tin) kepada yang memerlukan semudah menghantarkannya ke lokasi kutipan derma Food Bank di hadapan Bank RHB, aras CC dari 6 Januari – 31 Disember 2020.


Untuk memeriahkan lagi sambutan ini, Paradigm Mall PJ akan mendermakan jumlah makanan yang sama dengan yang didermakan oleh pengunjung untuk inisiatif kebajikan ini. Paradigm Mall Petaling Jaya akan turut memberikan ganjaran menarik, penebusan eksklusif dan aktiviti menarik untuk dinikmati pengunjung.

Persembahan Tahun Baru Cina 

Tarian Singa Akrobatik: Januari 11, 18, 25, dan 27 & Februari 1 & 9
Persembahan 8 Dram Kemakmuran: Januari 12, 19, 26 dan Februari 2 & 8
Tarian Kebudayaan Cina dan Merak: Januari 12, 19, 26 dan Februari 2 & 9 Persembahan Seribu Tangan: Januari 11, 18, 25, 27 dan Februari 1 & 8 Persembahan Kanak-Kanak Tahun Baru Cina: Januari 11 & 18 dan Februari 2 & 9
Persembahan Aksi Seimbang dan Membaling: Januari 12, 19, 26 dan Februari 2 & 9
Tarian Bunga Tahun Baru Cina: Januari 25 & 27

Sambut kedatangan Tahun Baru Cina dengan aktiviti menarik dan makanan yang menyelerakan di Paradigm Mall Petaling Jaya! Saksikan hiasan dan pelbagai persembahan klasik yang diaturkan untuk anda seisi keluarga.

Bengkel Tahun Baru Cina 

Bengkel Membuat Biskut DIY: Januari 12 & 19
Bengkel Jeli Ikan Koi: Januari 11, 18, 25, 27 dan Februari 1 & 8
Bengkel Tanglung Kuda Berpusing: Januari 26 & Februari 2 & 9

Asah daya kreativiti anda sempena Tahun Baru Cina ini dan sertai kami untuk mempelajari cara membuat biskut dan Jeli Ikan Koi daripada pakar masakan. Pengunjung juga boleh mempelajari cara membuat tanglung kuda berpusing daripada guru-guru berpengalaman yang berkongsi ilmu tentang warisan seni Cina di Paradigm Mall Petaling Jaya.

*Bengkel terhad kepada 20 peserta setiap sesi

Penampilan & Tilikan Khas 

Kunjungan Dewa Kemakmuran: Januari 11, 12, 18, 19, 25, 26, 27 dan Februari 1, 2, 8 & 9
Kunjungan 8 Singa: Januari 11, 12, 18, 19, 25, 26, 27 dan Februari 1, 2, 8 & 9
Bacaan Kad Tarot: Januari 19 dan Februari 2
Bacaan BaZi: Januari 12 & 26 dan Februari 9

Berkunjunglah ke Paradigm Mall Petaling Jaya untuk bertemu Dewa Kemakmuran yang bakal membawa tuah sepanjang tahun, serta saksikan Kunjungan 8 Singa pada tarikh di atas.

Bukan itu sahaja, tahun ini kami bawakan sesi bacaan Kad Tarod dan BaZi untuk pengunjung!

Pertandingan Kostum Dewa Kemakmuran Si Kecil 
Tarikh: Januari 12
Bawa si cilik untuk menggayakan kostum tradisional Dewa Kemakmuran sempena Tahun Baru Cina dan berpeluang memenangi hadiah istimewa!

Hadiah dengan Pembelian (GWP)
Apakah Tahun Baru Cina tanpa barangan istimewa? Rebutlah peluang untuk menebus cenderahati eksklusif Tahun Baru Cina dengan pembelian anda.

Sampul Ang Pow WCT
Pengunjung pusat membeli-belah yang berbelanja melebihi RM188 ke atas dalam tiga resit boleh menebus satu (1) set paket Ang Pow yang dihiasi corak bunga ‘peony’ dalam tiga warna berbeza – merah, jingga dan kuning. Pemegang Kad Kredit HSBC dan ahli WCT Buddy pula hanya perlu berbelanja minimum RM188 dalam tiga resit untuk menebus dua (2) set paket sampul Ang Pao.

Beg Duit Bunga WCT 
Pengunjung pusat membeli-belah yang berbelanja RM288 ke atas dalam tiga resit boleh menebus satu (1) beg duit bercorakkan bunga eksklusif yang didatangkan dalam dua warna berbeza, merah jambu dan kuning. Pemegang Kad Kredit HSBC dan ahli WCT Buddy pula hanya perlu berbelanja minimum RM238 dalam tiga resit untuk menebus beg duit ini.

Pembelian dengan Pembelian (PWP) Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa Abalone yang lazat sebagai penyeri makan malam keluarga. Untuk menjadikannya lebih meriah, kami juga menyediakan tawaran eksklusif sebagai pembelian-dengan pembelian.

Soon Thye Hang (425 Gram Abalone dalam Tin) 
Pengunjung yang berbelanja RM188 ke atas di dalam tiga resit boleh membeli sebanyak tiga (3) tin Abalone Soon Thye Hang pada harga RM28 (harga asal: RM90). Pengguna HSBC dan ahli WCT hanya perlu berbelanja RM88 untuk menikmati tawaran pembelian-dengan-pembelian ini. Abalone yang lazat ini terhad kepada tiga (3) tin untuk setiap pelanggan, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi, sila layari laman web pusat membeli-belah dan platform media social berikut: Laman Web: www.paradigmmall.com.my/ Facebook: https://www.facebook.com/ParadigmPJ/

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN