MICKEY & MINNIE MERIAHKAN “THE PROSPEROUS REUNION” PAVILION KL



Sempena Tahun Baharu Cina yang menampilkan zodiak Tikus, Pavilion Kuala Lumpur, destinasi membeli-belah mewah mengalu-alukan kehadiran anda ke  “The Prosperous Reunion” bersama Mickey Mouse dan Minnie Mouse. 


Dengan jalinan kerjasama sekali lagi bersama The Walt Disney Company, Pavilion KL membawakan hiasan perayaan untuk para pengunjung Pavilion KL dengan kemeriahan Mickey dan Minnie. 


Mengalu-alukan kedatangan anda di Centre Court adalah dua patung gergasi Mickey dan Minnie yang berpakaian tradisional Cina, ang berdiri di atas pelantar berputar seperti efek kotak muzikal. Kedua-dua patung yang menarik perhatian ini berukuran 20 kaki tinggi dan dianugerahkan dengan Malaysia Book of Records sebagai “Skulptur 'Mickey & Minnie' Berputar Yang Terbesar”. 


Terdapat pelbagai hiasan parayaan Tahun Baharu Cina lagi apabila anda menuruni Spanish Steps. Antaranya adalah Tiang Kemakmuran, Tanglung Mickey Mouse, pohon ceri LED, Lima Gendang Kemakmuran, Tasik LED interaktif dan sebagainya. Barangan rasmi Mickey and Minnie turut boleh dibeli di sini.

Jangan lupa untuk mendapatan promosi sampingan oleh para penaja seperti Lancome dan Tiger.



Ganjaran Kemakmuran

Pengunjung dapat menebus ganjaran bertingkat eksklusif dengan setiapdi Pavilion KL: 
  • Satu set sampul Ang Pow eksklusif Mickey and Minnie Ang Pow dengan pembelian minima RM300 dalam satu resit. 
  • Sebuah beg membawa limau Mandarin ekslusif Mickey dan Minnie dengan pembelian minima RM500 dalam satu resit. 
  • Sebuah bekas vakum mini eksklusif Mickey dan Minnie dengan pembelian minima RM800 dengan kad kredit atau caj Maybank. 
  • Sebuah Talam Gula-gula Mickey dengan pembelian minima RM3,000 dalam satu resit (RM1,500 dengan kad kredit atau caj Maybank). 

Aktiviti Sambutan Tahun Baharu Cina di Pavilion KL

Makan Besar adalah salah satu perkara yang harus dilakukan pada Tahun Baharu Cina. Nikmati hidangan yee sang bersama kaluarga anda di Grand Imperial Restaurant, Grandmama’s, Dragon-I atau Village Roast Duck. 

Para pengunjung Pailion KL turut boleh menikmati pelbagai aktiviti dan persembahan yang disediakan sempena Tahun Baharu Cina termasuk Pameran Kebudayaan Tarian Naga dan Singa Sedunia di Dining Loft, Level 7 sehingga 9 Februari 2020. 


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pavilion-kl.com, ikuti laman Instagram  https://www.instagram.com/pavilionkualalumpur/ atau hubungi talian 03 2118 8833.



Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING