MYTOWN SHOPPING CENTRE BAWAKAN "PROSPEROUS WISHES"



Sambutlah Tahun Baru Tikus bersama MyTOWN Shopping Centre dengan tema  “Prosperous Wishes”.  Sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini, MyTOWN KL bakal mempersembahkan sebuah siri 12 video pendek media sosial yang menampilkan 12 haiwan yang menarik dari Zodiak Cina di laman media sosial.

MyTOWN Shopping Centre mengalu-alukan kedatangan para pengunjung ke  Central Town yang telah ditransformasi menjadi sebuah taman yang indah diberi nama Garden of Prosperous Wishes. Para pengunjung boleh menyaksikan taman yang penuh magis yang didiami oleh 12 haiwan zodiak Cina yang comel dan juga pokok The Blooming Wishes Tree – pokok ceri yang akan bercahaya apabila pengunjung memijak platform interaktif dengan serentak, melambangkan impian menjadi nyata melalui pertalian yang rapat di antara kaum keluarga dan juga sahabat handai.


Sempena Tahun Baharu Cina ini, MyTOWN KL juga akan mnyediakan pelbagai persembahan seperti tarian singa dan persembahan gendang, Majestic Drums di Central Town. Maskot-maskot haiwan bertuah juga akan menghiburkan para pengunjung dengan kareah mereka yang comel dan bertenaga.

Bagi membantu para pengunjung membuat persiapan Tahun Baharu Cina, MyTOWN KL menyediakan pelbagai gerai jualan untuk hamper perayaan, biskut raya buatan tangan, cheongsam dan aksesori serta barangan perhiasan rumah.

MyTOWN KL turut memeriahkan pengalaman membeli-belah dengan promosi “Prosperous Wishes” di mana pembeli yang layak berpeluang untuk memenangi  Countless Blessings Rat Gold Pendants. 


“Ganjaran Prosperous Wishes” *

• Menerima satu set sampul  (1) Auspicious Gold Packet Set dan satu (1) token untuk permainan claw-machine untukmendapatkan Zodiac Plush Toy dengan pembelian minima RM128 dalam satu resit.

• Menerima satu (1) set pinggan mangkuk Prosperous Dining Set dan dua (2) token untuk peluang bermain claw machine untuk mendapatkan Zodiac Plush Toy dengan pembelian minima RM488 di MyTOWN dalam kombinasi 3 resit.


Persembahan dan Aktiviti

Penampilan sambil berjalan Maskot (Prosperous Animals Mascot Walkabout)
Setiap hujung minggu 11 Jan – 8 Feb
3.30pm – 4.30pm & 5.30pm-6.30pm

Bengkel Membuat Pelapik Gelas Crochet oleh Spotlight
11 Jan – 9 Feb 12 tengahari – 4 petang

Bengkel Kraf oleh Craftomon
11 Jan – 9 Feb 10am – 10pm

Tarian Singa Emas
Setiap hujung minggu mulai 18 Jan – 2 Feb 3.30 petang

Tarian Singa Acrobatik
8 Feb 3.30 petang

Untuk maklumat kanjut, sila layari http://www.mytownkl.com.my/ atau ikuti laman Facebook https://www.facebook.com/mytownshoppingcentre dan laman Instagram https://www.instagram.com/mytownkl/

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA

DI PERSEMBUNYIAN - ALBUM PERDANA DUO FOLK POP SATWO MEMBAWA ‘ROLLERCOASTER’ MUZIK DAN EMOSI