FESTIVAL PUTRAJAYA LIFT PERKASAKAN CELIK KEWANGAN



Festival Putrajaya Lift (Literacy in Financial Technology) 2019 anjuran Kementerian Kewangan Malaysia sedang berlangsung pada 28 dan 29 Disember 2019. Festival yang bermatlamatkan pemerkasaan celik kewangan ini mempamerkan literasi teknologi kewangan pada masa kini dan hadapan.

Berlangsung di tiga tempat strategik iaitu Menara Perkeso, Bangunan Suasana PjH dan Kompleks Kementerian di Putrajaya. Apa yang menariknya, festival ini terbahagi kepada lima komponen utama.

The Pavilion - ruangan yang menyediakan seminar, bengkel, ceramah dan pameran menarik daripada institusi kewangan syarikat fintech.

The Showcase - pameran awam mengenai aspek kehidupan masa hadapan.

The Fringe - ruangan hiburan yang menampilkan persembahan kesenian teknologi tinggi, aksi-aksi jalanan, persembahan kugiran dan artis ternama Malaysia.

The Market - tempat membeli-belah khas untuk para pengunjung. Di sini adanya Pasar Glam, Pasar Seni, Pasar Tradisi, Pasar Botani, Medan Selera. Selebriti Malaysia turut terlibat mempromosikan barang mereka antaranya Rozita Che Wan, Zain Saidin, Arja Lee, Khai Bahar dan lain-lain.

The Conference - sesi tertutup bersama wakil industri yang membicarakan tre digital terkini dan pelbagai perkongsian inovatif.





Menurut pengarah LIFT, Encik Joe Sidek, setakat ini 350 para penjual telah terlibat bersama LIFT. Katanya lagi ini adalah penganjuran pertama yang membabitkan pelbagai sektor terutama usahawan-usahawan muda dan sedia ada. Hanya dalam kawasan yang sama, para pengunjung akan dapat menikmati pelbagai juadah, membeli-belah, games, pengetahuan dan sebagainya.

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA