TREND EKO PELANCONGAN SEMAKIN MENINGKAT DI MALAYSIA
Eko pelancongan di Malaysia merupakan pilihan tertinggi di antara tetamu Generasi Z (berumur 24 tahun ke bawah*) sepanjang tahun lalu, menunjukkan perubahan yang progresif terhadap trend pengembaraan ke arah pelancongan lestari dan Pengalaman yang lain daripada yang lain.
Airbnb hari ini mengumumkan bahawa tetamu Generasi Z merangkumi segmen tetamu paling pesat berkembang buat Pengalaman Airbnb di Asia Pacific. Di Malaysia dan juga di rantau, tempahan tetamu Generasi Z meningkat lebih 3 kali ganda tahun-ke-tahun**.
Berdasarkan data terkini Airbnb, kategori Pengalaman yang paling banyak ditempah oleh tetamu Generasi Z di Malaysia terdiri daripada:
Pengalaman Eko Pelancongan
Contoh, Pengalaman Hutan Menarik bersama Mowgli, Berjalan dalam Alam Semulajadi dan Kekal Sihat dan Trek Dragonback
Pengalaman Makanan dan Hiburan
Contoh, Pemandangan Malam KL Tersembunyi dan Makan Malam Tempatan, "Bar Hopping" Tersembunyi bersama Rakan Tempatan dan Nikmati Makanan Jalan Tradisional Melayu
Pengalaman Budaya dan Pembelajaran
Contoh, Pengalaman Hidup di Kampung Orang Asli, 3 dalam 1 Masjid + Batu Caves + Kuil Bukit di Penang dan Kampung Baru Ajaib
“Pengembara hari ini mahukan pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan dan ianya pengalaman yang kami sediakan. Pertumbuhan pesat Gen Z yang menempah Pengalaman Airbnb mencerminkan bagaimana generasi baru ini secara aktif mencari bentuk perjalanan yang berbeza,” kata Parin Mehta, Pengarah Urusan Pengalaman Airbnb, Asia Pasifik. “Kami melihat ini berlaku atas tiga sebab: pertama, Gen Z didorong oleh ekonomi yang berasaskan pengalaman baharu di mana mereka meletakkan nilai yang lebih besar kepada pengalaman berbanding pemilikan. Mereka juga mengembara lebih daripada generasi sebelumnya, dan mencari cara untuk menjadikan pengembaraan sebahagian besar gaya hidup mereka. Akhir sekali, mereka memahami dengan mendalam tentang bagaimana teknologi boleh mengubah cara mereka mengembara dan mengetahui cara menggunakan platform seperti Airbnb untuk pengalaman unik dan tulen yang mereka mahu.”
Pengalaman Airbnb telah melancarkan beberapa pengalaman bermusim dan popular selain kategori baharu. Tahun ini, tetamu dari seluruh dunia telah dijemput untuk merasai gelombang K terpanas pada musim panas ini di Seoul dengan pelancaran Pengalaman K-pop dan K-beauty pada bulan Ogos. Tetamu juga dapat menempah pengalaman unik setelah Airbnb memperkenalkan 3 kategori Pengalaman baru tahun ini, mengembangkan koleksi unggulnya dengan Pengembaraan Airbnb, Pengalaman Haiwan Airbnb dan Pengalaman Memasak Airbnb.
“Bagi kebanyakan pengembara hari ini, mengembara bukan sekadar bersiar-siar - ia juga mengenai mengalami budaya, meneroka alam semula jadi dan melakukan aktiviti yang menjadi hobi,” tambah Mehta. “Mereka mahu mengalami perjalanan yang lebih mendalam dan bermakna melalui interaksi peribadi dengan warga tempatan. Walau bagaimanapun, ini biasanya sukar untuk dirancang dan bergantung kepada mengenali orang-orang tempatan dan Pengalaman Airbnb disediakan untuk tujuan ini.”
Inilah musim untuk mencuba pengalaman baharu dengan orang tersayang!
- Pengalaman Hutan Menarik bersama Mowgli (Kuala Lumpur): Selami diri melalui pengalaman hutan yang bertenaga di mana ia menawarkan pengalaman hidupan liar dan alam semulajadi.
- Beriadah dan Kekal Sihat dengan Persekitaran Alam Semulajadi (Tanjung Bungah, Pulau Pinang): Sertai pendakian 1.5 jam dari pejabat Taman Nasional Pulau Pinang ke Pantai Kerachut, dimana anda boleh meluangkan masa jauh dari kesesakan bandar.
- Sesi Mengambil Gambar Potret di Sekitar Georgetown (Georgetown, Pulau Pinang): Daripada malu dengan kamera sehingga yakin, anda akan diajar gaya bergambar yang mudah dan saat-saat indah ini akan ditangkap oleh kamera.
- Lawatan Kuala Lumpur InfoFun Sambil Berjalan (Kuala Lumpur): Anda akan dapat melihat sendiri kuil, bangunan bersejarah, pasar basah dan aktiviti am lain-lain di sekitar Kuala Lumpur melalui lawatan berjalan ini.
- 3 dalam 1 Masjid + Batu Caves + Kuil Bukit di Penang (Kuala Lumpur): Terokai budaya Malaysia yang unik dan memukau melalui lawatan ke tempat-tempat yang kaya dengan budaya ini.
Catatan
*Tetamu
Generasi Z dikenal pasti berdasarkan data yang dilaporkan sendiri oleh tetamu
yang membuat tempahan melalui platform Airbnb.
**Berdasarkan
data dalaman Airbnb setakat Dis 2018-2019.
**Semua
Pengalaman yang dirujuk dalam artikel ini bertujuan semata-mata sebagai
inspirasi dan untuk ilustrasi. Airbnb tidak mengesyorkan atau menyokong
penyenaraian Pengalaman tertentu di platform Airbnb.
Comments
Post a Comment