NESTLÉ LANCAR NANKID OPTIPRO DI LAZADA SECARA EKSLUSIF



Nestlé telah melancarkan NANKID OPTIPRO® yang baharu dan dipertingkatkan Januari lalu. Produk ini akan mula dijual secara eksklusif di Lazada dalam kempen “Discover Amazing Possibles” yang bertujuan menggalakkan ibu bapa membantu anak-anak merealisasikan versi terbaik diri mereka. 

NANKID OPTIPRO® yang baharu dari Nestlé merupakan penemuan terkini dalam pemakanan kanak-kanak. Ia dirumuskan secara saintifik dengan Seratus Juta probiotik serta ramuan terbaru – 2’-FL Oligosakarida, sejenis karbohidrat yang diperoleh daripada laktosa untuk membantu meningkatkan fungsi salur makanan kanak-kanak. Kajian saintifik menunjukkan bahawa 2’-FL Oligosakarida membantu mengukuhkan lapisan dinding usus , menambah jumlah bakteria bermanfaat dan menghapuskan bakteria berbahaya. 

NANKID OPTIPRO® merupakan hasil penyelidikan selama 30 tahun yang bertujuan menggalakkan keseimbangan antara bakteria bermanfaat dan bakteria berbahaya - di dalam salur makanan. Seterusnya membantu menyokong sistem pertahanan tubuh yang ideal bagi kesejahteraan sepanjang hayat. “Sistem pertahanan tubuh merupakan antara sistem yang penting dalam tubuh manusia, terutama untuk kanak-kanak dalam tahun-tahun pertumbuhan mereka. Menerusi sokongan dan penjagaan sistem pertahanan tubuh, kanak-kanak kini boleh meneroka potensi mereka dengan sepenuhnya; dan Discover Amazing Possibles,” kata Jasmin Estacio, Pengurus Perniagaan, Nestlé Nutrition Malaysia. 

“Di Nestlé, kami percaya bahawa kanak-kanak harus diberi peluang untuk meneroka versi diri mereka yang terbaik, melalui sokongan keluarga tersayang dan khasiat NANKID OPTIPRO®. Kempen Discover Amazing Possibles kami merangkumi usaha ibu bapa yang membantu anak-anak mereka meneroka segala kemungkinan dalam perjalanan mereka untuk menjadi insan yang terbaik,” tambah Estacio. 

NANKID OPTIPRO® baharu ditawarkankan buat pertama kali secara eksklusif di Lazada. Ia juga akan menjadi sebahagian daripada Jaminan Rumusan Susu platform eDagang yang menawarkan Jaminan Pemulangan Wang sebanyak tiga kali bahawa produk adalah asli dan mempunyai masa sekurang-kurangnya tujuh bulan sebelum tamat tempoh dari tarikh penghantaran*. Bagi Jualan Tahun Baru Lazada yang akan datang pada 13 hingga 15 Januari, baucar diskaun 18% untuk NANKID OPTIPRO® yang baharu juga akan disediakan untuk dimenangi sementara stok masih ada*. 

“Rakyat Malaysia kini berada dalam era yang yang penuh dengan kelajuan dan kemudahan di mana penggunaan teknologi meliputi hampir setiap lapisan umur, di mana mereka yang muda dan juga yang berumur bergantung kepada eDagang untuk mendapatkan keperluan harian mereka. Ibu bapa juga telah mula menggunakan kemudahan eDagang sebagai destinasi gaya hidup dan pilihan penyelesaian pembelian untuk kehidupan mereka yang sibuk. Di Lazada, kami komited untuk memastikan pelanggan kami menikmati kemudahan membeli-belah dalam talian tanpa mengubah kesejahteraan hidup mereka. Dengan Jaminan Formula Susu Lazada, ibu bapa kini boleh membeli produk formula susu asli, termasuk susu Nestlé NANKID OPTIPRO® yang baharu, di mana sahaja dan pada bila-bila masa, dengan penuh keyakinan terhadap keaslian dan kualiti produk,” kata Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia. 

NANKID OPTIPRO® terdapat dalam dua varian – Langkah 3 untuk kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun dan Langkah 4 untuk kanak-kanak empat tahun ke atas. Selain daripada ramuan baharu 2’-FL Oligosakarida, NANKID OPTIPRO® turut mengandungi 100 juta unit Probiotik, Protein Optimum, DHA & ARA, dan tanpa sukrosa tambahan bagi menyokong pertumbuhan dan tumbesaran kanak-kanak secara menyeluruh.



NANKID OPTIPRO® yang baru dan dipertingkatkan kini boleh dibeli secara eksklusif melalui Lazada, dan akan dijual di kedai-kedai di seluruh Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Dapatkan pek NANKID OPTIPRO® dari Nestlé melalui Lazada hari ini dan mulakan perjalanan anak anda untuk Teroka Kebolehan Menakjubkan!

*Tertakluk Terma dan Syarat

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA