'THE WOKE SHOW' KEMBALI DENGAN LEBIH HANGAT DI MUSIM KE-3

The Woke Up Show, sebuah rancangan audio siar (podcast) mingguan yang menyentuh pelbagai topik hangat, besar atau kecil, serius atau berjenaka untuk kebangkitan minda, #GetWoke. Rancangan ini dihoskan oleh Apshy Vimal, dan tiga tetamu undangan untuk perbincangan terbuka dan telus mengenai pelbagai isu semasa yang timbul dalam masyarakat kita. 

The Woke Up Show bertujuan menyah-stigma dan membawakan topik-topik perbualan larangan untuk dibahaskan secara terbuka. Antara topik-topik yang ditampilkan di musim yang lalu adalah aplikasi mencari jodoh, positiviti tubuh wanita, kelesuan pandemik, perhubungan jarak jauh, penapisan media dan banyak lagi. Setakat ini, 13 episod telah disiarkan dan enam episod baharu akan dilancarkan setiap minggu mulai 14 November. The Woke Up Show, musim ke-3, akan mengetengahkan lebih banyak topik-topik hangat seperti drag queens, imigrasi dan de­finisi kecantikan.

Saksikan treler The Woke Show Musim ke 3.


Untuk maklumat lanjut, sila ikuti:
Laman web rasmi: https://yuzu.media/

Comments

Popular posts from this blog

“SENTUHAN WIRA”: FILEM AKSI SUKAN TENTANG DETIK BERSEJARAH KEMENANGAN PIALA THOMAS 1992 KINI DILANCARKAN

BARISAN PELAKON "SENTUHAN WIRA" DIUMUM, PENGGAMBARAN DIJANGKA BERMULA AWAL 2026

CITARASA SANTAPAN DESA KEMBALI DI KUALA LUMPUR TOWER – “RASA ASLI, SUASANA EKSKLUSIF”