IKEA DAN REPUBLIC OF GAMERS LANCAR KOLEKSI GAMING
Berita baik buat semua pemain digital! Rangkaian pemainan digital IKEA baharu yang dihasilkan menerusi gandingan dengan pakar permainan, Republic of Gamers (‘ROG’) membawakan penyelesaian permainan yang bukan sahaja serba lengkap dan diperibadikan, malah boleh boleh disepadukan secara sempurna dengan kediaman anda bagi meningkatkan prestasi permainan digital anda!
Direka bentuk untuk mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik buat semua serta menginspirasikan para pemain digital, rangkaian ini terdiri daripada 5 famili produk: UPPSPEL, LÅNESPELARE, MATCHSPEL, UTESPELARE dan HUVUDSPELARE. Semua produk UPPSPEL merupakan rekaan hasil kerjasama antara IKEA dan ROG, manakala famili produk yang lain dibangunkan oleh IKEA sendiri, berbekalkan inspirasi daripada pandangan dan pengetahuan yang dikongsi oleh ROG, bagi menepati keperluan para pemain digital dari segi fungsi, reka bentuk, dan harga.
‘Di IKEA, kami amat menitikberatkan keharmonian dalam kediaman kita, lebih-lebih lagi selepas menghabiskan begitu banyak masa di rumah sewaktu pelaksanaan sekatan pergerakan. Kami sentiasa berazam untuk mewujudkan ruang yang bermakna untuk semua dengan memahami kehendak dan impian mereka terhadap syurga mereka iautu rumah mereka. Pelancaran rangkaian pemainan digital IKEA melambangkan usaha sulung kami dalam menceburi dunia permainan digital, sekali gus menawarkan penyelesaian yang komprehensif, moden, berfungsi, dan mampu milik untuk dinikmati semua pemain digital,’ kata Gerard Jansen, Pengarah Runcit Negara (Malaysia), IKEA Asia Tenggara.
Rangkaian pemainan digital IKEA tampil lengkap dengan meja dan kerusi permainan yang ergonomik serta aksesori yang akan menghidupkan lagi ruang permainan digital anda, selain meningkatkan prestasi permainan digital anda. Rangkaian baharu ini menawarkan meja dan kerusi permainan digital dalam pelbagai lingkungan harga bagi memenuhi keperluan semua pemain digital.
Mengulas tentang kerjasama berkenaan, Johnny Chan, pereka ASUS Republic of Gamers berkongsi, “Kami cakna dengan keperluan, cabaran, dan harapan komuniti pemain digital, jadi kami berusaha menghasilkan penyelesaian untuk pengalaman permainan digital yang mengujakan dan memegunkan.”
Rangkaian pemainan digital IKEA boleh didapati di semua gedung IKEA mulai 11 November 2021 dan untuk pembelian dalam talian menerusi IKEA.my/gaming mulai 14 November 2021.
Menerusi kerjasama dengan ASUS Republic of Gamers Malaysia, bermula pada 11 November 2021, ahli IKEA Family boleh menebus semula kemeja-T ROG edisi terhad dengan pembelian minimum sebanyak RM500 dalam satu resit untuk pembelian Rangkaian pemainan digital IKEA di gedung.
*Promosi eksklusif ini terhad kepada 100 pertama ahli di setiap gedung IKEA sementara stok masih ada.
**Untuk pembelian dalam gedung dari 11 – 13 November 2021, setiap pelanggan dihadkan untuk membeli sehingga 2 unit perabot dan 3 unit aksesori permainan digital dalam satu pembelian.
Sudahkan anda bersedia untuk memperhebat pengalaman pemainan digital anda?
Comments
Post a Comment