MELISSA & JAYDEN DINOBATKAN SUPER MODEL UNIVERSE MALAYSIA

 

Melissa Tan Jia Ying, 19, pelajar dari Kuala Lumpur, dan Jayden Tian Hang Shu, 29, pelatih kecergasan dari Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai pemenang utama wanita dan lelaki Super Model Universe Malaysia 2021 di dalam satu acara gilang-gemilang di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara pada 19 November 2021 baru-baru ini.


Dalam kategori antarabangsa Super Model Universe Malaysia 2021 pula, Luliia Paivim, 21, pelajar dari Rusia dan Owono Obono Raul Ncogo, 21, pelajar dari Equatorial Guinea telah menawan hati para juri untuk mendapat gelaran juara wanita dan lelaki masing-masing. Manakala dalam kategori kanak-kanak, Puteri Ieman Qharmieylla, 10 telah muncul sebagai juara.


Setiap pemenang dalam kategori Malaysia dan antarabangsa membawa pulang hadiah wang tunai RM 1,500.00, anting-anting berlian bernilai RM 6,000.00 daripada Diamonia Jewelry, penginapan 2 malam di Barat Tioman Resort bernilai RM 1,000.00, Kasut XES bernilai RM 1,000, rawatan kecantikan dan estetik daripada Bellissima2U bernilai RM 3,000.00, sesi latihan kecergasan peribadi daripada Target Fitness PJ bernilai RM 2,000, sesi foto oleh Bookd bernilai RM 699, hamper Grande, hamper MD Pharma dan sebagainya. Pemenang utama dalam kategoti kanak-kanak memenangi hadiah wang tunai RM 500.00, cincin berlian 0.5-carat daripada Diamonia Jewelry dan hadiah-hadiah lain.


Acara kemuncak Super Model Universe Malaysia 2021 telah menyaksikan 49 peserta dari Malaysia dan negara-negara lain seperti Filipina, Pakistan, India, Iran dan Mesir, beradu untuk memenangi 25 anugerah yang disediakan

Antara duta-duta Super Model Universe yang turut diberi penganugerahan termasuk Trini Wong (Fashion Ambassador), Mertinih Ivy Joklis (Elegant Ambassador), Jessie Gan (Wellness Ambassador), Dr Sudhashini Nair (Motivational Coach Ambassador), Marianny Ismail (Beauty & Aesthetic Ambassador) dan Evelyn Nadal (Model & Rampwalk Ambassador), semuanya adalah personaliti terkenal di dalam industri.


Para pemenang telah dipilih dengan teliti oleh barisan juri yang terdiri daripada Simpson Wong, Pengasas & Pengarah Urusan XES Shoes, Dato' Sri Devan Vidondaraja, Pengarah Urusan GVE Asia, Bon Zainal Harun. Pengasas dan Pengerusi MBDA, Prakash Subramaniam, Pengarah ERP Elite Model, Shingary, Pengasas Diamonia Jewelry, Carl Graham. CEO & Pengasas Bookd, Previtha Rajah, Duta Super Model Universe, Alex Lim, Pengasas La Mode Coiffure Group, pereka fesyen Jonathan Kok & Farel Mikhail, Deejay Jeevan, Pengarah urbandjz dan model fesyen dan kecergasan Moslem Bouribandeh.


Acara kemuncak yang dinanti-nantkan ini telah dianjurkan oleh Target Fitness PJ dan Musica Academy. Ia telah tertangguh selama enam bulan oleh kerana sekatan untuk membendung penularan wabak Covid-19. Antara penaja-penaja utama dan rakan Super Model Universe Malaysia 2021 adalah XES Shoes, Diamonia Jewelry, TBC Elektrik, ARP Elite Model, AVA Global Network, Bellissima2U, Grande', urbandjz, Target Fitness, Virtual Event Space, UVeCare, Dancing Art Solutions, GVE Group, Bookd, Onpoint Fotography, Mandy, La Mode Coiffure dan The Eighth Avenue. 

Acara tersebut telah distrimkan secara langsung dan boleh ditonton semula di laman Facebook Rentak Sejuta, media rasmi bagi Super Model Universe Malaysia 2021. https://www.facebook.com/RentakSejuta

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025