THE ALLEY PERKENALKAN JENAMA MINUMAN BAHARU “ALLEY GO”


Dengan cuaca yang panas sepanjang tahun di Malaysia, minuman yang sejuk pastinya menjadi kegemaran ramai dalam kehidupan sehari-hari. Rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan baharu untuk mendapatkan secawan teh boba tanpa perlu mengunjungi kedai atau membuat pesanan penghantaran kerana The Alley telah menjalinkan kerjasama dengan stesen-stesen minyak untuk melancarkan “ALLEY GO”, menjadikannya sebagai jenama minuman pertama yang menyediakan khidmat trak minuman di stesen-stesen minyak.

Ketua Pegawai Operasi Alley Go Asia ,Curtis Ho (kiri) & Ketua Pegawai Eksekutif The Alley Malaysia, Ng Zhen Wei (kanan)

Konsep asal ALLEY GO

The Alley telah berada di pasaran Malaysia sejak hampir lima tahun lalu, dan kini telah menjadi jenama minuman yang dikenali ramai dengan siri minuman Brown Sugar Deerioca. Dalam usaha untuk mengembangkan perniagaannya, The Alley telah memperkenalkan jenama baharu, ALLEY GO yang bermatlamat untuk memberikan pengalaman yang baharu kepada para pelanggannya. Selain daripada mempunyai kualiti yang tinggi, ALLEY GO juga menawarkan menu eksklusif untuk memenuhi permintaan pasaran yang sentiasa berubah dengan kadar yang pantas. Ketua Pegawai Eksekutif The Alley Malaysia, Ng Zhen Wei menyatakan bahawa tiga teras nilai The Alley merupakan “fesyen”, “kreatif” dan “pantas”. “Dalam memelihara prinsip untuk memberikan layanan yang pantas dan minuman baharu yang berkualiti kepada para pelanggan, kami juga ingin menerajui pasaran ini secara ceria dan kreatif. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk melancarkan projek baharu ini dengan menjalinkan kerjasama dengan stesen-stesen minyak.”


Memandangkan trend trak minuman yang semakin mendapat sambutan, ALLEY GO bakal menyemarakkan semangat jenama The Alley, dengan menjadikan minuman yang berasaskan teh ini lebih berorientasikan kehidupan dan selaras dengan gaya hidup serba pantas dalam masyarakat hari ini. Kelebihan ALLEY GO yang paling utama adalah penjimatan sewa. Pada yang sama juga, ia berpeluang untuk memaparkan jenama tersendiri umpama papan iklan bergerak. ALLEY GO bukan sahaja berkisar tentang perniagaan sahaja, malahan juga menampilkan trend pasaran terkini melalui tawaran pelbagai minuman dan suasananya.


Dengan itu juga, ALLEY GO menyediakan pelekat-pelekat dengan elemen jenamanya kepada para pelanggan apabila mereka membuat pilihan minuman mereka, seterusnya menukar konsep tradisi sebelum ini yang mana jenama kedai dicetak di atas cawan minuman. Untuk membawakan elemen yang menyeronokkan dalam penyediaan minuman, ALLEY GO juga membolehkan para pelanggan mengambil bahagian dalam proses kreatif menyiapkan minuman mereka sendiri. Ng berharap dengan adanya kolaborasi ini, The Alley akan menjadi penanda aras bagi jenama minuman berasaskan teh di Malaysia dan menjadi satu langkah yang utama bagi menembusi pasaran antarabangsa.


Pempengaruh maya (virtual influencer) Melodee menyertai acara pelancaran ALLEY GO

Lapan puluh peratus minuman yang ditawarkan di dalam menu ALLEY GO adalah baharu manakala baki dua puluh peratus merupakan minuman yang terlaris di The Alley. ALLEY GO dilancarkan pada 29 Oktober 2021 dan diserikan oleh kehadiran pempengaruh maya pertama di Malaysia, Melodee, menampilkan konsep Makanan dan Minuman Digital. Setiap trak direka cipta oleh pereka tempatan dengan pelbagai konsep yang berbeza, seterusnya menawarkan pelanggan stesen-stesen minyak atau para pengunjung satu pengalaman baharu untuk menghilangkan dahaga dan juga memberikan lokasi baharu untuk dikunjungi.


ALLEY GO bakal melancarkan aplikasi mudah alih yang baharu sebelum berakhirnya tahun 2021. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/alleygoasia.



Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!