NIKMATI PELBAGAI RESTORAN BAHARU DI foodpanda

Korean Sweet Chilli Chicken Burger 

foodpanda Malaysia telah mengumumkan pelbagai restoran baharu dan menarik yang kini boleh didapati dalam platform tersebut untuk memenuhi selera makan dengan hanya beberapa klik sahaja.


Sayantan Das, Pengarah Urusan, foodpanda berkata, pihaknya sangat teruja untuk mengumumkan kesemua restoran baharu yang kini terdapat di platform tersebut. “Ia sentiasa menjadi keutamaan kami untuk terus berinovasi dan berkembang dengan mengumumkan pelbagai jenama dan ciri-ciri baharu serta tawaran menarik. Dengan lima restoran ini, kami berharap dapat memberikan lebih kepelbagaian kepada para pelanggan kami dan pada masa yang sama mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam industri penghantaran makanan.”

“Buat masa ini, kami amat berbesar hati untuk berkongsi bahawa kami mempunyai pelbagai jenis restoran dari makanan kegemaran tempatan serta pilihan antarabangsa dan akan terus memperkenalkan lebih banyak lagi pada masa yang sesuai untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin bertambah,” tambah Sayantan.

Roasted Hazelnut Boba Coffee

Signature Brown Sugar Latte

Pengguna foodpanda kini boleh memilih restoran seperti Soul Brew, jenama minuman yang pelbagai, bertujuan melengkapkan kehidupan setiap rakyat Malaysia – daripada keperluan kafein hinggalah secawan soda sejuk yang enak pada hujung minggu. Pilihan menu yang disyorkan ialah Signature Brown Sugar Latte dan Roasted Hazelnut Boba Coffee, yang merupakan latte klasik dengan rasa kacang hazelnut panggang. Soul Brew boleh didapati di lebih 30 lokasi di seluruh negara sama ada melalui penghantaran atau pengambilan sendiri di platform foodpanda.

Selain itu, DAMN! Burgers, kedai burger yang bersedia untuk menghidangkan semua burger klasik seperti Beef Cheeseburger dan kegemaran sepanjang zaman rakyat Malaysia, Sambal Chicken Burger. Penuhi selera anda juga dengan Korean Sweet Chilli Chicken Burger yang pedas dan manis, disajikan bersama kentang goreng dan minuman untuk masa terhad sepanjang November ini. Disajikan di 13 cawangan sekitar Lembah Klang, hidangan sampingan kentang goreng turut disediakan di platform penghantaran dan pengambilan makanan.

Biscoff Baked Cheesecake

Burnt Cheesecake

Jika anda inginkan sesuatu yang manis, Sweet Spot adalah salah satu restoran terbaru dalam aplikasi foodpanda. Menyajikan pelbagai pilihan kek, mufin, berliners (donut) dan juga sajian ringkas yang boleh dimakan dalam perjalanan ke satu destinasi, semuanya boleh didapati di platform foodpanda. Jangan lepaskan peluang menikmati Biscoff Baked Cheesecake dengan taburan biscoff hancur serta Burnt Cheesecake yang tidak berkerak.


Salted Egg Chicken Butter with Rice

Nikmati Lunchbox dengan pelbagai sajian berasaskan nasi beserta lauk pilihan anda. Dari ayam percik hinggalah ayam stim, Lunchbox sediakan. Mereka juga menyediakan Salted Egg Chicken Butter with Rice! Dihidangkan bersama nasi kukus dan hirisan timun segar, sajian ini pastinya membuatkan anda terliur dengan sos buttermilk keemasannya yang dicampurkan dengan kuning telur masin dan daun kari untuk hidangan yang lazat serta enak yang menyaluti kepingan ayam goreng. Ringkas sajian harian anda kini sama seperti masakan ibu. Pesan atau ambil sendiri sekarang di platform foodpanda.

Chicken Katsu Curry Bowl

Akhir sekali, sekiranya anda sedang mencari semangkuk makanan yang betul-betul menyelerakan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Honest Bowl. Dari Chicken Keema hinggalah Kam Heong Fish Bowl, mereka mahu memberikan pengalaman budaya makanan yang berbeza untuk memenuhi citarasa setiap orang. Kegemaran kami adalah Chicken Katsu Curry Bowl – hirisin stik goreng rangup yang digandingkan bersama kari Jepun dan dihidangkan bersama nasi kukus dan sayuran segar. Ia boleh didapati di lebih 20 lokasi di seluruh negara, dapatkannya sekarang di aplikasi foodpanda.

Tempah pesanan anda sekarang di foodpanda dan nikmati diskaun sehingga 40%!

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI