KUMPULAN SURIA KLCC BAWAKAN SENTUHAN MEWAH DEEPAVALI
Yakin dengan sinar harapan baru melihat keadaan Malaysia yang kembali pulih dari wabak Covid-19, Kumpulan Syarikat Suria KLCC yang dikenali sebagai Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall akan menyambut girang ketibaan sambutan perayaan Deepavali juga bermaksud pesta cahaya dengan nilai estetika yang cukup mempesonakan.
Sambutan yang bakal kunjung tiba pada 4 November tahun ini, dilihat sebagai satu ruang masa yang bermakna untuk mengeratkan hubungan kekeluargan dan memperkukuhkan kemuafakatan. Keunikan perayaan ini yang menampilkan pelbagai rona warna dan kilauan hiasan akan menyemarakkan rasa gembira dan harmoni yang cukup simbolik untuk menyatukan semangat kelestarian di kalangan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Sambutan Deepavali Suria KLCC kali ini akan berlangsung selama 10 hari bermula dari 29 Oktober sehingga 7 November. Cetusan konsep “Little India” yang diilhamkan untuk kelainan sambutan Deepavali kali ini akan dipamerkan di ruang legar utama Suria KLCC dan keunikan hiasan kolam cahaya yang akan ditempatkan di setiap pintu masuk utama.
Ucapan perayaan akan dilayarkan di setiap skrin digital selain dari hiasan indah yang berwarna-warni yang akan ditempatkan di Ampang dan Ramlee Mall Center Court.
Dalam memastikan tema “Little India” jelas kelihatan, sebuah gerai bunga dan gerai rempah akan di pamerkan sebagai latar belakang yang menarik bagi tujuan sesi mengambil gambar. Para pengunjung akan disambut mesra dengan perhiasan kolam tradisional mewah yang berkeluasan 20 kaki diameter di dataran Centre Court.
Kolam mewah yang dilengkapi dengan penderia gerakkan 2 akan mempersembahkan persembahan cahaya yang menarik apabila para pengunjung melambai tangan pada penderia tersebut. Pengalaman digital interaktif ini diinspirasikan bukan sahaja untuk menyemarakkan sambutan Deepavali tetapi bagi memastikan pengunjung memperingati memoir kunjungan mereka ke Suria KLCC.
Sudah menjadi kelaziman bagi Kumpulan Syarikat KLCC yang terkenal dengan “Shoppers’ Rewards Programme” kini kembali untuk perayaan Deepavali pada tahun ini. Program ganjaran ini adalah untuk pengunjung yang berbelanja RM600 atau lebih dengan rekod dua resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima baucar Suria KLCC yang bernilai RM50.
“Kami amat gembira dengan kejayaan Malaysia yang telah berjaya memasuki ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara. Kumpulan Suria KLCC sedia maklum dengan tanggungjawab bersama yang perlu dititik beratkan oleh setiap pusat beli-belah dalam membantu meningkatkan taraf ekonomi negara. Keadaan Malaysia kini berada di dalam fasa penyesuaian norma baharu, dan kelonggaran sekatan SOP untuk para pembeli dan pengunjung dilihat Malaysia kini sedang kembali pulih,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Kumpulan Syarikat Suria KLCC.
“Usaha kami tidak terbatas hanya di Suria KLCC, pihak pengurusan akan mengadakan kepelbagaian sambutan lain di Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Terengganu. Dengan pengurangan sekatan SOP menginjak ke penghujung tahun 2021, pelbagai program dan kempen interaktif menarik akan di jalankan dalam masa terdekat. Maklumat terperinci akan di muat naik di setiap laman media sosial kami,” tambah Andrew.
2,424 GANJARAN MENANTI DI ALAMANDA PUTRAJAYA
Pendekatan “Berdua lebih baik” bakal menyemarakkan sambutan Deepavali di Alamanda yang mana pada masa yang sama, Alamanda akan melancarkan kempen “One Year Free Shopping” yang akan berlangsung selama 24 hari bermula dari 29 Oktober sehingga 21 November 2021.
Kempen “One Year Free Shopping” adalah kempen terbesar yang bakal di adakan pada tahun ini, yang mana pengunjung yang berbelanja RM300 atau lebih dengan rekod dua resit di mana-mana kedai terpilih berpeluang menyertai acara cabutan bertuah.
3 Ganjaran lumayan yang menanti untuk pemenang adalah baucar bernilai RM12,000 yang sudah pastinya cukup untuk mengukir senyuman seorang pembeli untuk 12 bulan yang seterusnya. Kempen ini akan memilih sejumlah 24 pemenang bertuah. Setiap hari, satu pemenang akan dipilih sepanjang tempoh kempen berlangsung.
Sumbangan Alamanda tidak terhenti di situ, sebanyak 2,400 hadiah saguhati akan diberikan kepada 100 pembeli bertuah melalui aktiviti cabutan bertuah. Hadiah yang berbentuk baucar RM 20 atau RM 50 akan diberikan kepada 100 pembeli setiap hari sepanjang tempoh 24 hari.
Dekorasi tarikan yang menyerupai Suria KLCC akan dipamerkan di Alamanda. Penampilan keindahan dan keunikan hiasan kolam akan disediakan bagi menyemai semarak perayaan Deepavali di Alamanda nanti.
“Kami kagum dengan sambutan upacara yang masih berlangsung di Malaysia meskipun usaha memerangi wabak Covid-19 masih menjadi tunjang utama negara. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan KLCC akan terus memberi tinjauan penuh dalam memastikan setiap pusat beli-belah kami adalah antara tempat yang selamat dan bersih untuk di kunjungi pada masa ini. Antara aspek penting juga, sekumpulan besar pekerja yang bekerja di dalam rangkaian pusat beli-belah KLCC telah lengkap divaksinasi. Dengan ini, saya amat berbesar hati untuk menjemput para pengunjung untuk mendapatkan pengalaman hebat di setiap rangakai pusat beli-belah kami selangkah dengan usaha pemantauan jitu dari segi aspek kebersihan dan keselamatan bagi kebaikan bersama,” Ujar Andrew.
Untuk info lanjut, layari:
i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall
Comments
Post a Comment