MERDEKA AWARD TRUST: MERAIKAN MINDA TERUNGGUL NEGARA

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, dan Ahli Lembaga Pengarah Merdeka Award Trust, YM Datuk Tengku Muhammad Taufik semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya.

Anugerah Merdeka dan Geran Anugerah Merdeka telah kembali sekali lagi untuk memberi penghormatan dan meraikan minda terunggul di negara ini. Pada hari Jumaat, Merdeka Award Trust (MAT) telah menjadi tuan rumah kepada Majlis Pengumuman Geran Anugerah Merdeka edisi ke-8 bagi Penempatan Antarabangsa dan Penyampaian Anugerah Merdeka edisi ke-12. 

Sejak penubuhannya pada tahun 2007, pihak Merdeka Award Trust telah mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada individu dan organisasi cemerlang yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan negara dan menjadi pelopor inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Pada tahun ini, majlis tersebut telah memilih lima orang anak muda Malaysia bagi menerima Geran Anugerah Merdeka 2021 yang berprestij bagi Penempatan Antarabangsa dan meraikan empat penerima Anugerah Merdeka 2020.

Geran Anugerah Merdeka bagi Penempatan Antarabangsa

Diperkenalkan pada tahun 2012, Geran Anugerah Merdeka bagi Penempatan Antarabangsa ditubuhkan untuk membantu golongan anak muda Malaysia membina kepakaran mereka dengan menjalani pengalaman pembelajaran di institusi atau organisasi yang bereputasi antarabangsa. Geran ini adalah lanjutan kepada Anugerah Merdeka, satu gelaran yang dicipta untuk menghormati karya dan pencapaian cemerlang yang telah memberi impak yang berkekalan kepada negara dan juga rakyat Malaysia. Bagi tujuan tersebut, para penerima geran akan berpeluang untuk menambah kemahiran serta kepakaran yang diperlukan untuk mengembangkan keupayaan mereka bagi menyampaikan kemajuan yang luar biasa untuk negara dan masyarakat.

Penerima Geran, edisi 2021 ialah:
  • Dr Aini Hasanah bt. Abd Mutalib (33) dimana beliau merancang untuk menentukan kemunculan/kejadian, taburan dan tingkah laku beruk kecil di Hutan Hujan Kenyir Terengganu menggunakan kaedah pemantauan akustik pasif (PAM).
  • Dr Wan Nor Fitri bin Wan Jaafar (31) yang ingin menjalankan penyelidikan mengenai pengklonan dan sel stem dalam pembiakan hidupan liar.
  • Jessica Ooi Sui Ying (31) dimana penyelidikannya berkisar pada peranti berasaskan kertas untuk Pengesanan Kolorimetrik Biomarker Kanser Ovari miRNA-665.
  • Prof Madya Dr Nur Adlyka bt. Ainul Annuar (31) yang berhasrat untuk menyelidiki lebih teliti ke dalam hati galaksi aktif.
  • Ir Dr Freddy Tan Kheng Suan (35) yang ingin mereka bentuk pengecas on-board bagi generasi akan datang kenderaan elektrik dengan menggunakan teknologi wide bandgap terkini.

(Dari kiri):  Ivan Tan, Chairman of Shell Malaysia; Dr Wan Nor Fitri Wan Jaafar; YM Datuk Tengku Muhammad Taufik, President and Group Chief Executive Officer of Petronas; Ir Dr Freddy Tan Kheng Suan; His Royal Highness Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah;  Shane Harris, President of ExxonMobil Exploration and Production Malaysia; Jessica Ooi Sui Ying; Dr Aini Hasanah Abd Mutalib; dan Prof Madya Dr Nur Adlyka Ainul Annuar

Penerima Geran telah menerima sijil pada majlis pengumuman tersebut yang disampaikan oleh Sultan Perak Darul Ridzuan dan Penaung Diraja merangkap Pengerusi Merdeka Award Trust, Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Dalam ucapan alu-aluannya pada Majlis Penyampaian tersebut, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, dan Ahli Lembaga Pengarah Merdeka Award Trust, YM Datuk Tengku Muhammad Taufik, berkata, “Tujuan Merdeka Award Trust adalah untuk memupuk semangat kecemerlangan, mengiktiraf minda dan bakat rakyat Malaysia yang terunggul dengan harapan ia dapat mengubah masyarakat kita hari demi hari, seorang demi seorang. Geran Anugerah Merdeka untuk Lampiran Antarabangsa diperkenalkan untuk memupuk dan menyokong anak muda Malaysia dalam pencapaian cemerlang yang mereka kecapi. Kami memilih para anugerah geran ini dengan penuh keyakinan yang mereka akan memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin untuk melibatkan diri dengan pakar terkenal dunia dalam bidang pengkhususan masing-masing, mendapatkan pandangan berharga untuk penyelidikan mereka serta membawa pembelajaran mereka kembali ke Malaysia untuk merangsang industri dan bakat rakyat Malaysia yang lain.”

Menyedari bahawa Malaysia mempunyai sekumpulan besar potensi yang belum diterokai, bilangan penerima geran yang dipilih telah meningkat kepada 5 orang semenjak tahun 2019. Sehingga kini, 24 orang rakyat Malaysia telah menerima geran ini.

Meraikan Penerima Anugerah Merdeka 2020

(Dari Kiri): Ivan Tan, Chairman of Shell Malaysia; YM Datuk Tengku Muhammad Taufik, President and Group Chief Executive Officer of Petronas; Farahida bt. Mohd Farid, National Cancer Council (MAKNA); His Royal Highness Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah; Shane Harris, President of ExxonMobil Exploration and Production Malaysia; Heon Sui Peng, South East Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP); Professor Dr Ng Kwan Hoong; dan Zawiyah Saimon Zai (mewakili Suzanne Mooney)

Pemenang bagi Majlis Penyampaian Anugerah Merdeka 2020 edisi ke-12 terdiri daripada Majlis Kanser Negara (MAKNA) bagi kategori Pendidikan dan Komuniti, South East Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP) bagi kategori Alam Sekitar, Profesor Dr Ng Kwan Hoong bagi Kategori Pencapaian Akademik Luar Biasa dan diakhiri dengan Suzanne Mooney untuk kategori Sumbangan Luar Biasa kepada Rakyat Malaysia.

Selaku Penaung Diraja & Pengerusi Amanah Anugerah Merdeka, Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli dengan menyampaikan piala kepada para penerima anugerah tersebut. Anugerah ini disambut selepas ia ditunda pada tahun lepas berikutan daripada wabak yang melanda seluruh dunia.

“Tahun ini, program Anugerah Merdeka mempunyai makna yang lebih mendalam dan signifikan kerana ia bukan sahaja menjadi simbol kecemerlangan tetapi juga menjadi harapan yang amat diperlukan oleh Malaysia untuk menuju ke masa hadapan yang lebih cerah dan baik. Kami berharap pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang cemerlang ini akan terus memupuk budaya kecemerlangan dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk mencipta impak yang mampan kepada masyarakat,” tambah Datuk Tengku Taufik.

Anugerah Merdeka telah mengiktiraf dan menganugerahkan lebih 57 individu dan organisasi. Secara keseluruhan, Amanah, melalui Geran Anugerah Merdeka untuk Lampiran Antarabangsa dan Anugerah Merdeka telah memperkasakan lebih 81 individu dan organisasi dengan mendorong mereka ke arah laluan, penemuan dan pendedahan yang baharu.

Merdeka Award Trust (MAT) telah ditubuhkan oleh Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc dan Shell Malaysia pada 2007. maklumat lanjut mengenai Geran Anugerah Merdeka untuk Lampiran Antarabangsa, sila layari https://www.merdekaaward.my/

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA