ROCHE CHILDREN’S WALK 2021 BERJAYA KUMPUL RM45,800

Chris Fan (Pengurus Besar Shelter Home), Mary Moses (Pentadbir Rumah Kanak-Kanak Triniti), Deepti Saraf (Pengurus Besar Roche Pharmaceuticals), Heng Chai Yin (Pengurus Besar Roche Diagnostics) dan Arno Kamm (Pengurus Besar RSS APAC).

Bersempena dengan acara tanggungjawab sosial tahunannya, Roche Children’s Walk, Roche di Malaysia telah berjaya mengumpul sebanyak RM45,800 bagi dua rumah amal untuk kanak-kanak; Rumah Kanak-Kanak Triniti, yang juga dikenali sebagai Trinity Children’s Home, serta Shelter Home. Kedua-dua kediaman itu menyediakan perlindungan kepada anak-anak yatim, yang ditinggalkan, didera dan terabai.

Inisiatif mengumpul dana ini, dikuasai oleh lebih 1,000 kakitangan dari kumpulan Roche di Malaysia yang terdiri daripada farmaseutikal, diagnostik dan pusat perkongsian perkhidmatan, bertujuan untuk membantu kehidupan kanak-kanak kurang bernasib baik yang menghuni kediaman tersebut.

Roche Children’s Walk merupakan projek utama kakitangan Roche di seluruh dunia. Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, lebih 248,000 kakitangan dari syarikat ini telah berjaya mengumpul lebih CHF 20 juta (kira-kira RM89.5 juta) dalam bentuk sumbangan bagi manfaat pelbagai projek kanak-kanak di seluruh dunia. Pada tahun 2020, 18,000 kakitangan Roche di 154 lokasi yang terletak di 63 buah negara telah menyertai acara ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kebanyakan aktiviti mengumpul dana pada tahun ini dianjurkan secara maya dengan menyediakan aktiviti-aktiviti kreatif seperti malam tayangan filem, program bicara, pesta fun-to-fair, kunjungan maya ke Zoo Melaka, malam permainan dan juga jualan pelitup muka.

“Pada tahun 2020, kami telah mengubah acara berjalan kaki ini kepada pelbagai aktiviti secara maya dan walaupun pandemik COVID-19 masih berada di kalangan kita, kami amat berbesar hati untuk meneruskan usaha ini sekali lagi pada tahun ini. Kami berasa terharu melihat kakitangan syarikat berkongsi kecintaan mereka dalam bentuk aktiviti kebajikan. Roche Children’s Walk ini bukan sahaja satu hari yang penting dan bermakna dalam kalender Roche tetapi juga satu tarikh yang mengingatkan kami bahawa setiap individu mampu menghasilkan impak kepada kehidupan individu lain. Kami amat berbangga melihat usaha murni kakitangan Roche di seluruh dunia bekerjasama untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik. Kami berharap untuk meneruskan tradisi ini pada masa hadapan,” kata Deepti Saraf, Pengurus Besar Roche (Malaysia) Sdn. Bhd.

Deepti menambah, “Kedua-dua rumah kebajikan tersebut iaitu Rumah Kanak-Kanak Triniti dan Shelter Home, masing-masing akan menerima sebanyak RM22,900. Kami percaya sumbangan ini akan memberi manfaat kepada kanak-kanak di rumah amal tersebut, di samping itu memastikan rumah amal berkenaan menerima sokongan kewangan yang diperlukan bagi memastikan kesejahteraan penghuninya. Kanak-kanak ini memerlukan sokongan, penjagaan dan tumpuan dari komuniti bagi membantu mereka memastikan masa depan yang lebih cerah. Sehubungan itu, kami akan meneruskan sokongan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dengan memberi tumpuan terhadap penganjuran Roche Children’s Walk.”

“Kami amat menghargai kerjasama dengan Roche, yang telah membantu kami mengumpul dana bagi kanak-kanak ini, khususnya dalam berdepan dengan cabaran COVID-19. Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menjejaskan aktiviti-aktiviti mengumpul dana tahunan kami. Sumbangan daripada Pasukan Roche di Malaysia akan membantu dalam memenuhi keperluan pengurusan rumah amal ini - daripada menyediakan makanan berkhasiat, ubat-ubatan, kelas tambahan, rawatan hospital dan sebagainya untuk kanak-kanak ini. Kami berterima kasih kepada organisasi-organisasi seperti Roche terus bermurah hati dan menyokong komuniti kurang bernasib baik walaupun diwaktu yang sangat mencabar ini,” kata Jerry Choo, Eksekutif Perhubungan Awam Shelter Home.

“Kami tidak mampu menggambarkan penghargaan dan kegembiraan kami, kepada Roche atas sumbangan yang diberikan kepada rumah amal kami. Selain mengumpul dana untuk rumah ini, kami juga berterima kasih untuk tiket lawatan maya Zoo Melaka serta menyediakan ruang bagi kanak-kanak di sini merasai pengalaman menikmati malam tayangan filem secara maya bersama warga kerja Roche. Ini merupakan satu pengalaman unik dan menggembirakan bagi kanak-kanak ini. Sungguhpun kami menghadapi cabaran apabila kanak-kanak tidak dapat meneroka dunia luar disebabkan pandemik COVID-19, pengalaman ini memberi masa dalaman yang berkualiti bagi mereka. Terima kasih Roche atas sumbangan dan kegembiraan yang disediakan,” kata Mary Moses, Pentadbir Rumah Kanak-Kanak Triniti.

Kedua-dua Rumah Kanak-Kanak Triniti dan Shelter Home adalah rumah perlindungan bagi anak-anak yatim, yang ditinggalkan, terpinggir dan didera, dengan tujuan menyediakan tempat berteduh, penjagaan dan kehidupan baru bagi kanak-kanak kecil dan awal remaja.

Seperti kanak-kanak lain, penghuni di rumah-rumah amal ini memerlukan dorongan, motivasi dan pemikiran positif bagi membolehkan mereka membentuk keyakinan diri.

Rumah-rumah amal ini juga membantu kanak-kanak yang telah diabaikan masyarakat untuk kembali hidup secara normal. Keperluan ubat-ubatan harian dan vitamin kanak-kanak terbabit juga diambil perhatian bagi memastikan mereka mempunyai amaun nutrien yang mencukupi untuk meningkatkan sistem imun .

Dana yang dikumpul di Malaysia akan dipadankan oleh syarikat bagi inisiatif global melalui Roche Employee Action and Charity Trust (Re&Act), sebuah badan kebajikan bebas yang sah. Re&Act turut menjalin kerjasama dengan pelbagai organisasi seperti UNICEF dan ActionAid Malawi untuk menyokong program-program pendidikan dan kesihatan kanak-kanak di negara-negara yang sedang membangun.

Inisiatif umum yang disokong Roche Children’s Walk merangkumi program-program pendidikan, nutrisi, penjagaan kesihatan utama dan pembangunan sosial.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM