MASYA MASYITAH BAKAL MERIAHKAN GOLDEN BULLET AWARDS!

 


Penyanyi wanita multi-bahasa yang sedang popular dengan lagu Mandarin ‘Jiu Meng Xin Su’ dan ‘Remuk’, Masya Masyitah, 21, bakal membuat kemunculan di majlis anugerah pertama Golden Bullet Awards untuk PUBG Mobile Pro League MY/SG Musim Ke-4 (PMPL MY/SG S4) anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan kerjasama eGG Network pada 28 November 2021 ini.

Majlis penganugerahan pemain, pemain berkumpulan dan ahli perseorangan dalam lapangan esports PUBG Mobile seluruh Malaysia dan Singapura itu akan diserikan dengan persembahan istimewa oleh Masya.

Selain itu, Masya juga bakal menyampaikan dua anugerah khas pada majlis berprestiji itu bagi kategori Best Ingame Leader dan Best Performance Team. Kata Masya:

“Ini merupakan sebuah penghargaan buat saya kerana dijemput untuk memeriahkan serta menghiburkan golongan esports di Malaysia dan Singapura.

“Terima kasih di atas kesudian ini kerana menjemput saya menjadi sebahagian daripada majlis anugerah yang pertama seumpamanya ini.

Bahang PMPL MY/SG S4 yang masih dirasai dengan kemenangan juaranya, Geek Fam, diangkat pada kali ini oleh PUBG Mobile Esports dengan kewujudan PMPL MY/SG Musim Ke-4: Golden Bullet Awards yang pertama.

Menurut Encik Oliver Ye, Pengarah PUBG Mobile, Asia Tenggara, “Walaupun dunia dilanda musibah pandemik COVID-19, terdapat peningkatan dalam industri esports tempatan. Sehubungan dengan itu, MDEC dengan eGG Network ingin meraikan pemain profesional esports Malaysia dan Singapura.

Kata Encik Gopi Ganesalingam, Pengerusi Industri Digital MDEC, “MDEC mahu mewujudkan lebih peluang buat anak-anak muda negara dan komuniti berkaitan dalam arena esports. Dan dengan adanya Golden Bullet Awards, semoga lebih banyak inisiatif bakal menyusul kelak.

Jangan lupa saksikan Golden Bullet Awards pada 5.00pm, 28 November 2021 ini hanya di laman Facebook eGG Network dan Astro Ch800, serta di laman Facebook PUBGM Esports Malaysia dan saluran YouTube PUBGM Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM