ADIWARNA RUNWAY SEMARAKKAN HARI MALAYSIA DI ALAMANDA PUTRAJAYA
Sempena sambutan Hari Malaysia, Alamanda Shopping Centre dengan kerjasama Malaysian Official Designers’ Association (MODA) bakal menganjurkan edisi sulung ADIWARNA RUNWAY di Centre Court, Alamanda dari 10 hingga 13 September 2026.
Empat hari penuh gaya ini menjadikan Alamanda sebagai hab fesyen dinamik dengan pelbagai acara eksklusif. Majlis pembukaan menampilkan 22 pereka MODA yang mempersembahkan rekaan istimewa menggunakan cetakan tekstil eksklusif berinspirasikan bunga kebangsaan, bunga raya.
Sepanjang pementasan, 16 pereka tempatan akan mengadakan pertunjukan fesyen tersendiri termasuk: 3THELABEL, Ariff Atelier, Arlina Ayou, Bill Keith, CARRO, CASALWA, EL by Ellie Lim, HERA, Justin Yap Atelier, NANALYANA, Outdwell, SITI KHADIJAH, Variante, Yani Bakhtiar, Yuleza dan Zayana Yazed Creations. Koleksi yang dipersembahkan merangkumi fesyen kontemporari ready-to-wear hingga fesyen moden sopan, menggambarkan bagaimana warisan budaya mampu memperkukuh nilai runcit dan menyokong ekonomi kreatif negara.
Menurut Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd: “Penganjuran ADIWARNA RUNWAY membuka lembaran baharu buat Alamanda Shopping Centre. Bersempena Hari Malaysia, objektif kami adalah mencipta pengalaman runcit yang meraikan semangat kebangsaan sambil memberi ruang kepada pengunjung untuk menyaksikan seni fesyen tempatan secara langsung.”
Presiden MODA, Cyrus Chin, turut menambah: “Adiwarna Runway memberi pentas bermakna kepada pereka tempatan untuk menonjolkan karya mereka, menyokong impian dan mengangkat aspirasi. Kerjasama dengan Alamanda membantu meningkatkan keterlihatan dan keyakinan pereka Malaysia untuk berkembang di peringkat tempatan dan global.”
Selain pertunjukan fesyen, pengunjung boleh membeli koleksi eksklusif di Adiwarna Runway Bazaar serta menikmati persembahan artis popular seperti Bunga Isme, Daniel Chuer, Daniesh Suffian, Datuk Syafinaz, Ernie Zakri, Farah Dolhadi, Layla Sania dan Yazmin Aziz. Acara ini turut menggalakkan penglibatan komuniti melalui Family Fashion Walk, di mana pemenang Model Search Alamanda akan beraksi di pentas peragaan.
Untuk jadual penuh dan maklumat lanjut, sila ikuti @alamandashoppingcentre dan @modamalaysia di Instagram.
.png)
.jpeg)
.jpeg)
Comments
Post a Comment