SAMSUNG ANJUR CABARAN FOTOGRAFI #CAPTUREYOURAWESOME


Ingin mencurahkan kreativiti anda sejak kebelakangan ini? Inilah masanya untuk menunjukkan bakat dan kemahiran fotografi anda! Samsung Malaysia baru sahaja mengumumkan cara terbaik untuk anda mencurahkan kreativiti anda dengan cabaran #CaptureYourAwesome yang akan berlangsung di Instagram. Semua pengguna Galaxy dialu-alukan untuk menyertai peraduan selama empat minggu ini dan akan berpeluang untuk memenangi empat (4) hadiah utama, Galaxy A52s 5G, dan lapan (8) Galaxy A03s bagi tempat kedua.

Untuk menyertai cabaran #CaptureYourAwesome, anda mestilah warga Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas, dan merupakan pengguna Galaxy. Selepas itu, ikut sahaja langkah-langkah mudah ini:

1. Ikuti @SamsungMalaysia di Instagram.

2. Muat naik gambar pada halaman Instagram anda berdasarkan tema mingguan seperti berikut:

Minggu

Tema

Tempoh Peraduan [2],[3]

1

Awesome Splashes

29th November - 5th Disember 2021

2

Awesome Tunes

6th - 12th Disember 2021

3

Awesome Eats

13th - 19th Disember 2021

4

Awesome Holidays

20th - 26th Disember 2021


3. Sertakan hashtag #CaptureYourAwesome, #withGalaxy dan #[model telefon digunakan] dalam kapsyen. Penyertaan lebih daripada satu (1) diterima.


4. Tag @SamsungMalaysia dan dua rakan pada post anda. Rakan yang anda tag mesti ikuti @SamsungMalaysia juga.

Jangan lupa untuk menetapkan profil anda kepada public supaya gambar ohsem anda dapat dilihat oleh juri! Dua (2) pemenang hadiah utama dan lapan (8) pemenang hadiah mingguan akan dipilih oleh juri dan diumumkan di Instagram Stories Samsung Malaysia seperti berikut:

Minggu

Tema

Tempoh Peraduan

Pengumuman Pemenang[4]

1

Awesome Splashes

29th November - 5th Disember 2021

10th Disember 2021

2

Awesome Tunes

6th - 12th Disember 2021

17th Disember 2021

3

Awesome Eats

13th - 19th Disember 2021

24th Disember 2021

4

Awesome Holidays

20th - 26th Disember 2021

31st Disember 2021


Jangan lepaskan peluang ini dan mula menangkap winning shot anda sekarang! Untuk maklumat lanjut tentang cabaran #CaptureYourAwesome, lawati halaman peraduan di https://www.samsung.com/my/offer/mobile/captureyourawesome/

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM