ZAROL ZARIF MUNCUL KEMBALI DENGAN SINGLE “KAN KAN”


Zarol Zarif, 29, kembali melakar nama dalam dunia nyanyian menerusi single terbaru beliau yang berjudul “Kan Kan ”. Meski menemui permulaannya dalam arena hiburan sebagai penyanyi, namun nama anak kelahiran Johor Bahru ini hanya mula dikenali ramai menerusi kumpulan YouTuber, Cikidot Channel. 

Zarol Zarif atau nama sebenarnya, Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle pernah menyertai program realiti Astro, Akademi Fantasia 2016 (AF2016). Walaupun tidak menemui rezeki dalam program tersebut selepas tersingkir dalam minggu ketujuh, Zarol bagaimanapun terus mencuri tumpuan orang ramai apabila beliau mencetuskan saluran YouTube popular, Cikidot Channel – dianggotai dirinya bersama dua sepupu lain iaitu Amri Aziz dan Ecah Daud. 


Teruja dengan kemunculan kembalinya sebagai penyanyi, kongsi Zarol, “Harapan saya untuk single ini adalah supaya ia boleh diterima orang ramai, baik daripada mereka yang muda sehingga tua. Saya berharap sesiapa sahaja yang mendengarkan lagu “Kan Kan” berasa gembira. Semoga lagu ini akan membuatkan orang ramai lebih mengenali saya sebagai penyanyi. Tidak dinafikan, sebelum ini ramai yang kenal saya sebagai YouTuber. Tapi tak ramai yang tahu saya sebenarnya memulakan tapak dalam industri ini sebagai seorang penyanyi. Saya juga berbangga kerana kali ini saya dapat bekerjasama dengan sebuah pihak pengurusan dan rakaman artis yang begitu proaktif dan percaya pada kebolehan saya.” 

Menurut Pengarah Urusan Ace Talents, Azuein Alonto,selaku pihak pengurusan dan rakaman Zarol pula, “Pihak Ace Talents merasakan bahawa bakat nyanyian yang ada pada Zarol harus diteruskan. Sudah lama menyepi, kini Zarol menampilkan single bergenre pop dan berbeza dengan single terdahulu. Selepas perbincangan, kami mengambil keputusan untuk menunaikan hasrat beliau dalam membawa satu kelainan sehingga terhasilnya “Kan Kan ”. Lagu berjudul “Kan Kan ” ini lebih santai dan ‘ easy-listening ’ kerana ‘ comeback’ Zarol pada kali ini ingin menarik perhatian peminat-peminatnya yang kebanyakan mereka aktif di TikTok. Diharapkan agar single ini menjadi satu ‘benchmark’ buat Zarol yang pernah mendiam seketika dalam bidang nyanyian.” 


Sejak bergelar YouTuber secara serius, Zarol bersama dua anggota Cikidot lain berjaya merangkul lebih 1 juta subscriber di platform tersebut dengan jumlah tontonan mencecah lebih 200 juta. 

Selain itu, Zarol juga berjaya membina pengaruh individunya yang tersendiri menerusi jumlah pengikut besar iaitu kira-kira 425,000 di Instagram dan 373,700 di TikTok (dengan catatan lebih 3.3 juta tanda suka). 

Single Kan Kan comeback Zarol Zarif kini boleh didengarkan di Youtube Cikidot dan di semua pelantar digital muzik seperti Spotify, JOOX, Apple Music dan lain-lainp ada 26 November . Ikuti laman sosial Ace Talents (Instagram,TikTok,Facebook) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan artis-artis di bawah pengurusan Ace Talents.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA