DOLLA UBATI RINDU PEMINAT DENGAN KONSERT MAYA AMAL

 

Malam ini, ahli-ahli Dolla menitiskan air mata terharu apabila membaca mesej-mesej kiriman para peminat mereka. Namun terpisah secara fizikal, kumpulan pop Dolla terus menghargai kesetiaan peminat-peminat mereka dengan persembahan yang hebat di pentas maya konsert Stay Strong Malaysia. 

Sambil berhibur, warga Malaysia diseru untuk menyumbangkan derma kepada tabung bantuan pejuang barisan hadapan dalam membantu membendung jangkitan Covid-19. Kutipan amal diteruskan sehingga 11 November dengan sasaran RM50,000.


Konsert yang dianjurkan oleh MK Group ini telah berlangsung secara maya pada Sabtu, 8.00 malam, 30 Oktober 2021 dan telah distrimkan secara langsung dari sebuah lokasi tertutup dalam bentuk maya oleh Hitman Group.


Konsert yang imersif ini bukan sahaja dianjurkan untuk menghibur tetapi juga untuk mengumpul dana bagi petugas barisan hadapan di masa yang mencabar ini. Para penonton boleh menderma secara pindahan tunai atau cek, yang mana 100% sumbangan akan disalurkan untuk membeli bekalan perubatan untuk hospital-hospital dan membantu kakitangan perubatan yang telah bertungkus-lumus memerangi pandemik COVID-19.


Dolla yang dianggotai oleh Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo); Tabitha Ariel Lam (Tabby); Angelina Chai Ka Ying (Angel); dan Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) telah memberikan persembahan nyanyian dan tarian yang paling hebat untuk Malaysia di konsert itu. 


Antara lagu yang telah dipersembahkan adalah ‘Berani’, ‘Impikan’, ‘Know Me Too Well’’, ‘Dolla Make You Wanna’ dan ‘Peaches’ 

Konsert ini telah jayakan oleh MK Group dengan sokongan Amazing Creative Group , MK Amusement, Star Planet dan dibantu oleh Bigo sebagai rakan penstriman rasmi dan FavePay sebagai rakan e-dompet rasmi.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM