PUDGi TAYANGKAN FILEM SERAM ‘ROH’ DI FESTIVAL WAYANG PACAK


Pada malam 30hb Oktober 2021, satu Festival Wayang Pacak PUDGi telah diadakan di Pusat Urbanisasi Desa Giching (PUDGi) dengan kehadiran lebih dari 300 penonton yang kebanyakannya hadir dari Kampung Giching dan kawasan sekitar Sepang.

Tanah seluas 10 ekar di PUDGi mengandungi kolam ikan air tawar, kebun durian, rumah inap dan kabin Airbnb. Ia terkenal di kalangan komuniti setempat dan penggemar aktiviti luar sebagai tempat yang sesuai untuk lari dari hiruk pikuk ibukota Kuala Lumpur. Festival itu diadakan untuk mengetengah wayang pacak sebagai sokongan kepada industri filem Malaysia tatkala ekonomi kreatif Malaysia sedang dipulihkan dengan pematuhan penuh Prosedur Operasi Standard yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Filem yang ditayang adalah Roh, yang diterbitkan oleh Kuman Puctures, iaitu filem yang telah menjadi pilihan Malaysia sebagai wakil ke festival Oscar 2020. Filem ini sedang ditayangkan di seluruh Amerika Syarikat setelah ia diedar oleh Film Movement, sebuah syarikat pengedar filem dan diterima baik oleh pengkritik Amerika yang menamakannya sebagai ‘filem seram pendalaman Malaysia yang menggerunkan (Variety) dan ‘filem seram dari Malaysia yang mengerikan dengan menggunakan efek suasana’ (New York Times). Malahan ia diberi pembaca RottenTomatoes.com rating sehingga 86% kerana ia ‘berjaya menyampaikan kengerian misteri, menyentuh ketakutan yang kita tidak dapat gambarkan tetapi dirasai jauh di sudut hati’.

Majlis bermula pada pukul 4.30 petang dengan pertandingan memancing. Pada 6.30 petang, majlis penyampaian hadiah diadakan oleh Ketua Kampung Giching yang juga telah menerima RM1,000 tunai hasil kutipan yang disampaikan oleh Puan Nani, CEO PUDGi, kepada Tok Lan untuk mangsa banjir Kampung Giching akibat banjir seminggu sebelum itu.


Pada pukul 8 malam, majlis tayangan bermula dengan satu forum ringkas di mana pelakon utama filem Roh, Nam Ron, bersama penulis skrip, Amir Hafizi dan Amir Muhammad, wakil Kuman Pictures di soal jawab oleh Daniyal Kadir tentang nilai filem seram yang tidak bergantung kepada menakutkan penonton dengan kejutan jump-scare tetapi menggunakan suasana. Filem pendek Nadia yang ditayangkan sebelum forum bermula diwakili oleh Sara Ali dan Jarr Najmuddeen dalam sesi soal jawab itu.

Penonton kemudian dihidangkan dengan filem berdurasi 1 jam dan 23 minit itu sebelum majlis tamat pada tengah malam. Semua yang hadir memakai pelitup muka, sanitiser tangan disediakan serta penggunaan MySejahtera diwajibkan untuk semua yang hadir di majlis untuk yang telah penuh divaksinasi tersebut. Acara ini disokong oleh MyCreative, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Kesihatan di bawah inisiatif Penjana.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO