SAMBUTAN HARI PEKERJA SEDUNIA BERSAMA FESTIVAL MUZIK AIR RAIN RAVE 2026 TAMPILKAN SENARAI PENUH ARTIS DENGAN PENGLIBATAN UTAMA ARTIS TEMPATAN


Tourism Malaysia baru-baru ini mengumumkan senarai artis bagi Sambutan Hari Pekerja Sedunia dan Rain Rave Water Music Festival 2026, yang menghimpunkan nama-nama terkenal tanah air dalam genre hip-hop dan pop bersama penampilan artis DJ antarabangsa dari Eropah dan Asia. Festival selama tiga hari yang akan berlangsung dari 30 April hingga 2 Mei 2026 di Bukit Bintang itu dijangka mentransformasikan Kuala Lumpur sebagai destinasi muzik terbuka sempena hujung minggu Hari Pekerja, selaras dengan Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Barisan artis tempatan diterajui oleh Joe Flizzow, antara ikon utama muzik hip-hop Malaysia. Turut serta ialah rapper dan penerbit SonaOne dari Kartel Records, artis meningkat naik Def Jam South East Asia Killa Driz, serta penyanyi Mimifly, selain kumpulan wanita tempatan DOLLA dan De Fam. Merangkumi hampir tiga dekad perkembangan muzik kontemporari negara, barisan artis Malaysia ini memberi peluang kepada pelawat serantau dan antarabangsa untuk menyaksikan sendiri tahap dan evolusi bakat tempatan masa kini.

Di peringkat antarabangsa, festival ini menampilkan WUJACKERS sebagai artis utama, iaitu kolaborasi baharu antara duo festival Belanda Bassjackers dan DJ Singapura, Wukong. Bassjackers dikenali sebagai penggiat tetap di festival antarabangsa seperti Tomorrowland, Ultra Miami dan EDC Las Vegas, manakala Wukong terkenal dengan gaya muzik “Oriental Rave” yang diperkenalkannya di rantau Asia. Persembahan turut diperkukuh dengan barisan DJ wanita antarabangsa, termasuk DJ Lovezy (Filipina), Moskilove (Indonesia), DJ Pixzy, DJ Yoyo Music, JMiJi (Thailand) serta Lo_aaa (Republik Korea).


Gabungan program ini dijangka menarik kehadiran pelawat dari negara jiran, sekali gus menyokong peningkatan perbelanjaan pelancongan sepanjang antara tempoh perjalanan paling sibuk di Malaysia. Selain itu, hotel-hotel terpilih di seluruh negara turut menawarkan pakej penginapan khas bersempena festival ini, menyediakan pilihan menarik kepada pelancong domestik dan serantau untuk menikmati percutian hujung minggu yang panjang di Kuala Lumpur.

Di luar pentas utama, festival ini turut menawarkan pelbagai aktiviti sepanjang hari. Pasar makanan Rhythm of Flavours serta zon seni dan kraf Rhythm of Cultures akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam, mengetengahkan masakan Malaysia, hasil kraf tempatan serta persembahan tradisional yang mencerminkan identiti masyarakat majmuk negara.

Sebagai salah satu pengaktifan strategik VM2026, festival ini bertujuan mempamerkan bakat kreatif Malaysia, meraikan identiti budaya negara serta menjana nilai ekonomi merentas sektor pelancongan, hospitaliti, runcit, makanan dan minuman serta industri kreatif.

Maklumat lanjut mengenai barisan artis, jadual harian dan pembelian tiket boleh didapati melalui laman Instagram @malaysia.truly.asia dan @thefame.my.

Comments

Popular posts from this blog

LKE MUSANG QUEEN & DKING JALIN KERJASAMA UNTUK MEMBANGUNKAN INDUSTRI DURIAN MALAYSIA

HUAWEI MATEPAD MINI PERKENAL ERA BAHARU PRODUKTIVITI KOMPAK, BERSAMA WATCH GT RUNNER 2

TENA TAMPILKAN PEREKA DR. ERIC LEONG DALAM KEMPEN TERBARU