SATU RUMAH, BERIBU RAHSIA: ‘PEWARIS’ BAKAL MENGGEGARKAN TEMU HOUSE APRIL INI
Dunia teater tempatan bakal menyaksikan sebuah karya unik apabila Superbear Productions, dengan kerjasama Yayasan Hasanah dan ArtsFAS (Arts for All Seasons), mempersembahkan pementasan site-specific berjudul PEWARIS di Temu House, Petaling Jaya.
Dipentaskan dari 23 April hingga 3 Mei 2026, karya ini membawa penonton masuk ke ruang sebuah rumah untuk menyaksikan perjalanan sebuah keluarga yang berdepan transisi penuh emosi. Kisah bermula apabila seorang wanita mula kehilangan ingatan, sekali gus hilang kemampuan memasak hidangan istimewa yang pernah menjadi identiti keluarganya. Dari situ, timbul persoalan besar: Apakah sebenarnya warisan yang kita terima daripada insan yang kita cintai?
Diarahkan oleh Gavin Yap dan ditulis oleh Honey Ahmad, PEWARIS menggunakan makanan sebagai bahasa utama kasih sayang, penjagaan dan kebersamaan. Setiap momen kecil yang dipaparkan menjadi peringatan tentang rapuhnya tradisi serta kepentingan melestarikan ritual yang membentuk identiti sebelum ia lenyap.
“Makanan adalah mesin merentas masa yang paling berkuasa. Satu suapan mampu membawa kita kembali ke detik silam, dan ia juga penghubung sejati yang menyatukan manusia, khususnya di Malaysia,” kata Gavin Yap. “Dengan PEWARIS, kami membebaskan diri daripada kekangan pentas tradisional dan mencipta pengalaman yang terasa hidup, seolah-olah penonton duduk di meja makan keluarga ini.”
Barisan pelakon yang membintangi produksi ini termasuk Vanidah Imran, Putrina Rafie, Haiccal Hazim, dan Muhammad Ibrahim.
Butiran Persembahan:
- Tarikh: 23 April – 3 Mei 2026 (tiada persembahan pada Isnin, 27 April)
- Lokasi: Temu House, Petaling Jaya
- Persembahan malam: 8.30 malam (Selasa – Ahad)
- Matinee: 3.00 petang (Sabtu & Ahad)
- Harga tiket: RM120
- Tiket boleh didapati melalui CloudJoi
- Tempat duduk terhad: hanya 30 penonton setiap persembahan
Lebih daripada sekadar drama, PEWARIS mengajak kita menyelami asal-usul kita. Ia mengingatkan kita untuk berbual dan menggali rahsia daripada generasi terdahulu sementara mereka masih ada.
Beli tikcet anda sekarang di Pewaris - CloudJoi
.jpg)
Comments
Post a Comment