‘AUSTRALIA NOW’ ERATKAN LAGI HUBUNGAN AUSTRALIA - MALAYSIA

Adam Liaw & Poh Ling Yeow

Bagi mengeratkan lagi hubungan dua negara, Australia dan Malaysia, Kedutaan Australia di Kuala Lumpur (Australian High Commission Kuala Lumpur) telah melancarkan program Australia now Malaysia. Australia now merupakan program diplomasi awam yang dilaksanakan oleh kerajaan Australia bagi memperkenalkan kecemerlangan inovasi, diversiti, dan kreativiti dari negara tersebut.

Acara pelancaran telah dilangsungkan secara maya dan dihoskan oleh Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia, Dr Justin Lee. Acara tersebut juga dihadiri oleh pemenang Masterchef Australia kelahiran Malaysia, Adam Liaw, yang telah kongsikan berita tentang siri baru ‘Adam & Poh’s Malaysia in Australia’ yang juga menampilkan seorang lagi bakat kelahiran Malaysia, Poh Ling Yeow.

Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia, Dr Justin Lee

Hubungan Malaysia dan Australia telah lama terjalin yang mana Malaysia telah menduduki tempat 10 teratas sebagai rakan perdagangan, pasaran pelancongan dan 5 teratas bagi pasaran pendidikan. Dalam tahun 2021 ini, Australia dan Malaysia telah mengangkat hubungan bilateral menjadi Kerjasama Strategik Menyeluruh (Comprehensive Strategic Partnership).

Pandemik COVID-19 telah menjadikan kita lebih kreatif untuk mencari jalan bagi membina hubungan di antara dua negara dan menyokong pemulihan ekonomi. Sementara perjalanan antarabangsa masih belum dibenarkan sepenuhnya, program Australia now akan membantu membawa Australia kepada rakyat Malaysia.

Para penggemar program masakan pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton siri TV baharu yang menampilkan penulis, chef dan personality TV Adam Liaw. Siri ini akan membawa penonton untuk mengenal lebih dekat makanan dan minuman premium Australia dan juga tempat-tempat pelanocngan yang menarik.

Program Australia now juga akan menampilkan pameran digital yang imersif berjudul “Walking Through a Songline” yang akan meraikan kesenian,budaya dan inovasi orang-orang asal di Australia.

Untuk maklumat lanjut tentang Australia now Malaysia, sila layari:  https://malaysia.celebrateaustralianow.com/ atau ikuti laman Twitter @australianow, Facebook @AusHCMalaysia dan Instagram @AusHCMalaysia


Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ASTRO MEMPERINGATI HARI BUMI DENGAN KEMPEN “RIMBAKITA: SAVE OUR EARTH”

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!