KEMERIAHAN DEEPAVALI "JOURNEY OF COLOURS" DI PAVILION KL


Dari sekarang sehingga 7 November, destinasi membeli-belah terulung di Malaysia, Pavilion KL meraikan Deepavali dengan tema ‘Journey of Colours’. Tarikan utama hiasan perayaan tahun ini adalah pentas peragaan (runway) kolam berukuran 500 meter yang menghubungkan Couture Pavilion dengan Connection, melalui Pavilion Crystal Fountain, menawarkan suasana membeli-belah untuk Deepavali yang berwarna-warni,


Para pengunjung juga boleh menyaksikan keindahan lebih 100 lukisan di Kolam Runway yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar di Raffles College, INTI International College Subang, dan INTI Center of Art and Design. Kolam-kolam yang berwarna-warni ini melambangkan masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan juga mencerminkan kemenangan cahaya melawan kegelapan.


Jangan lupa untuk singgah di pintu masuk utama Pavilion KL yang menampilkan keindahan kolam dalam bentuk bunga teratai yang menghiasi air pancur kristal, Crystal Fountain. Kepada yang suka berswafoto, muat naiklah gambar anda di media social dengan tanda pagar #PKLxJourneyOfColours #PavilionKL!

Kongsikan kemeriahan Deepavali dengan sanak saudara atau rakan-rakan dengan pelekat Whatsapp eksklusif Pavilion KL. Muat turun dengan percuma di sini.



Dapatkan ganjaran dengan membeli-belah di Pavilion KL untuk persiapan meraikan Deepavali. Dengan pembelian bernilai RM100 dalam satu resit di kedai-kedai terpilih, anda boleh menebus pelapik cawan seramik. Mereka yang berbelanja RM200 dalam satu resit boleh menebus baucar makan bernilai RM20.

Pemegang kad Maybank juga dapat menebus set mangkuk, Corelle Serving Bowl Petite Trio dengan pembelian RM500, atau Pyrex Casserole berpenutup dengan pembelian RM1,000 dalam satu resit.

Muat turun Pavilion KL Mobile App (melalui Google Play Store dan Apple App Store) dan daftarlah diri anda untuk peluang memenangi baucar bernilai RM5,000.

Untuk maklumat lanjut tentang ‘Journey of Colours’, sila layari pavilion-kl.com atau ikuti Facebook, Instagram, atau hubungi Concierge di talian 03 2118 8833.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!