IKEA DAMANSARA LANCAR SPARKA FOOTBALL FEVER: PARTI TONTON BOLA SEPAK 3 PAGI SEMPENA ULANG TAHUN KE-30
Rakyat Malaysia sudah biasa menyaksikan bola sepak di mamak, di rumah atau bersama rakan. Bermula esok, mereka boleh menambah satu lagi lokasi unik – IKEA Damansara.
Sempena ulang tahun ke-30, IKEA Malaysia memperkenalkan SPARKA Football Fever, parti tonton bola sepak selepas waktu operasi yang pertama di IKEA Damansara. Acara ini berlangsung pada 15, 16 dan 20 Julai 2026, memberi peluang kepada peminat untuk merasai keterujaan separuh akhir dan final salah satu kejohanan bola sepak terbesar dunia.
Buat julung kalinya, Restoran Sweden IKEA Damansara akan dibuka seawal tengah malam, menukar ruang makan ikonik itu menjadi destinasi meriah dengan paparan skrin besar untuk setiap detik perlawanan.
Pada 15 dan 16 Julai, acara akan dikendalikan oleh Muaz dari KOOL FM, manakala final pada 20 Julai akan turut menampilkan Ean dan Kieran dari Fly FM bersama bekas pemain kebangsaan, Shahrom Kalam, yang memberikan ulasan langsung dan pandangan menarik sepanjang perlawanan.
Tetamu berdaftar berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik setiap malam. Mereka yang hadir ke semua tiga malam akan layak secara automatik untuk cabutan hadiah utama.
Kemasukan adalah percuma dan berdasarkan siapa cepat dia dapat, dengan kapasiti terhad setiap malam. Peminat digalakkan hadir awal kerana pintu dibuka pada 12.00 tengah malam, sebelum sepak mula jam 3.00 pagi.
Butiran Acara:
- Separuh Akhir: 15 & 16 Julai 2026
- Final: 20 Julai 2026
- Masa: 3.00 pagi (Pintu dibuka 12.00 tengah malam)
- Lokasi: Restoran Sweden, IKEA Damansara
Dengan gabungan sorakan bersama komuniti, hidangan kegemaran IKEA dan cabutan bertuah, SPARKA Football Fever menjanjikan pengalaman malam perlawanan yang tidak dapat dilupakan. Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan ulang tahun ke-30 IKEA Malaysia, layari IKEA.my.
.jpg)
Comments
Post a Comment