ACARA KEMUNCAK HARI SARAPAN MILO® 2026 MERIAH DI PUTRAJAYA


MILO® Malaysia Breakfast Day (MBD) 2026 menutup acara jelajahnya di seluruh negara dengan acara kemuncak penuh meriah di Putrajaya. Pada keseluruhannya, acara ini telah menghimpunkan seramai 75,000 peserta dari Sabah, Terengganu, Sarawak, Pahang, Kelantan dan Putrajaya, dengan lebih 25,000 peserta berkumpul di Dataran Putrajaya bagi meraikan gaya hidup aktif, ikatan kekeluargaan serta semangat komuniti melalui sukan.

Dari kiri: Tengku Ida Adura Tengku Ismail (Pengarah Eksekutif, Undang-undang & Kesetiausahaan); Raja Nurmaria Murni (Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan Nestlé MY/SG); Ng Su Yen (Pegawai Eksekutif Perniagaan, MILO®); Juan Aranols (Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Singapura & Brunei); Erysha Emyra (Sahabat MILO®); YB Tuan Mordi Anak Bimol (Timbalan Menteri Belia & Sukan Malaysia); Andrew Yoon (Pengurus Pemasaran Pengguna, MILO®); dan Tim Aird (Pengarah Eksekutif Jualan Nestlé Malaysia, Singapura & Brunei).

YB Tuan Mordi anak Bimol, Timbalan Menteri Belia & Sukan berkata, “Sukan memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah, keyakinan dan daya tahan generasi muda. Acara seperti MILO® Malaysia Breakfast Day Putrajaya menyediakan platform bermakna untuk menggalakkan belia dan keluarga mengamalkan gaya hidup aktif sambil menanamkan penghargaan terhadap sukan dan aktiviti fizikal. Saya berbesar hati melihat inisiatif yang menyatukan komuniti serta memberi inspirasi kepada anak muda Malaysia untuk kekal aktif, sihat dan berdaya saing. Dengan sokongan rakan seperti MILO®, kita berharap dapat terus melahirkan generasi belia yang cintakan sukan, menghargai semangat berpasukan dan menjadikan gaya hidup aktif sebagai amalan harian.”


Komitmen ini mencerminkan usaha bersama antara sektor awam dan swasta dalam menggalakkan gaya hidup sihat, merangsang penyertaan belia dalam sukan, mengukuhkan ikatan keluarga serta membina komuniti yang lebih bersatu untuk masa depan.



Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Singapura dan Brunei turut menambah, “Sungguh menginspirasikan apabila melihat ribuan rakyat Malaysia bersatu di Putrajaya demi gaya hidup lebih sihat dan aktif. Sejak 2013, kami telah memperjuangkan inisiatif ini kerana kami percaya tabiat sihat – daripada kekal aktif hingga menyertai sukan – membentuk individu yang yakin dan berdaya tahan. Apa yang paling menyentuh hati saya hari ini ialah apabila berbual dengan keluarga yang berkata mereka akan kembali setiap tahun, serta melihat ibu bapa, anak-anak malah datuk nenek berlari bersama. Saat sebegini mengingatkan kita bahawa tabiat sihat tidak terbina dalam sehari, tetapi melalui pilihan harian yang dibuat bersama keluarga. Kami amat menghargai sokongan berterusan Kerajaan dalam merealisasikan visi bersama untuk sukan dan kesejahteraan di Malaysia.”

Empat pendidik muda – Dhama Dharishini (28), Ronald Joseph Pillai (27), Narveen Kaur Dhillon (27) dan Syifa’ Adawiyah (26) – bersatu di Hari Sarapan Malaysia MILO® untuk memberi inspirasi kepada generasi muda agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif melalui teladan serta rutin sarapan berkhasiat.

Joyce Teoh, 33, yang datang dari Pulau Pinang mencuri tumpuan di Hari Sarapan Malaysia MILO® Putrajaya apabila tampil dengan kostum dinosaur sebagai simbol kreativiti, nostalgia dan semangat positif sambil menginspirasikan orang ramai untuk kekal aktif.

Mayang Misnan, 41, tampil dengan busana pari-pari bersama rakan-rakan di Hari Sarapan Malaysia MILO® Putrajaya, menyebarkan keceriaan dan aura positif sambil menginspirasikan orang ramai untuk kekal aktif dan menikmati pengalaman larian santai.



Lebih daripada sekadar acara larian, MBD turut menegaskan bagaimana MILO® telah menjadi sebahagian daripada detik kekeluargaan yang dihargai serta legasi yang menghubungkan generasi.


Kemuncak di Putrajaya ini menutup perjalanan MBD 2026 dengan penuh indah dan bermakna. Acara ini telah menyatukan ribuan rakyat Malaysia untuk menghayati gaya hidup aktif sambil mencipta kenangan kekeluargaan serta mengukuhkan hubungan komuniti di seluruh negara. MILO® akan terus menginspirasikan lebih ramai rakyat Malaysia, khususnya generasi muda, untuk mengamalkan tabiat sihat dan menyumbang kepada pembinaan komuniti yang lebih kuat dan sihat pada masa hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

IKEA MALAYSIA SOKONG PEMBELAJARAN AWAL UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN

PPA LANCAR #ISAVEINPRS YEAR-END TREATS 2026 DORONG TABUNGAN PERSARAAN RAKYAT MALAYSIA